Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Puisi
 

Sudah lama tidak ke ladang,
     Lebih padi dari kangkung;
Sudah lama tidak terpandang,
     Hati beramuk dengan jantung.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dari lecah,
     lari ke duri.

Bermaksud :

Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar. (Peribahasa lain yang sama makna: Takut akan lumpur, lari ke duri).

 

Lihat selanjutnya...(4)

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(20)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta penjelasan untuk penggunaan dari dan daripada untuk perbandingan jarak dan masa. Contohnya: 1. Dia ambil masa lebih dari/daripada 1 jam untuk menyiapkan kerja sari kata 2. Dia memandu lebih dari/daripada 50 kmPenggunaan yang betul ialah dari. Ayat yang diberikan tidak mempunyai perbandingan antara dua benda atau perkara.Tatabahasa13.07.2020
adakah ayat baju itu terlalu amat mahal sekali adalah benar? adakah boleh saya menggabungkan dua kata penguat hadapan dalam satu ayat, contohnya terlalu amat cantik? dan bolehkah saya menggunakan lebih dari satu kata penguat belakang dalam satu ayat dan bolehkah saya guna lebih dari satu kata penguat bebas dalam satu ayat yang sama ? terima kasih

Ayat "baju itu terlalu amat mahal sekali", tidak betul kerana kata penguat hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan serentak dengan tiga kata penguat. 

Untuk makluman, kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti frasa atau kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam frasa atau frasa adjektif. Terdapat tiga jenis kata penguat, iaitu i. kata penguat hadapan ii. kata penguat belakang iii. kata penguat bebas. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah sungguh cantik, cantik sungguh, cantik amat, amat cantik.   Contohnya:

1. Pakaian wanita itu sungguh cantik.

2. Pakaian wanita itu cantik sungguh.

3. Pemandangan di kawasan itu amat cantik.

4. Pemandangan di kawasan itu cantik amat.

Tatabahasa10.08.2015
Sekiranya terdapat lebih dari satu kata hormat yang perlu digunakan pada surat rasmi adakan perlu jarakan atau tidak bagi setiap kata hormat tersebut. Contoh: YBrs.Dr/Tuan/Puan atau YBrs. Dr / Tuan / Puan

Kata panggilan hormat dalam penulisan surat rasmi yang dipisahkan menggunakan tanda garis miring (/) tidak perlu dijarakkan. Contohnya, YBrs. Dr./Tuan/Puan.

Tatabahasa14.02.2025
Jalal Johar Sudah lebih dari 50 tahun sejak merdeka, dimanakah stutus Bahasa Melayu. Utusan Melayu pun sudah pupus.Terima kasih atas keprihatinan tuan.Lain-lain23.06.2015
Salam sejahtera, Persoalan saya adalah berkaitan penggunaan dari dan daripada. Contoh ayat: Lebih daripada empat hari atau lebih dari empat hari? Begitu juga bulan dan tahun. Terima kasih.

Frasa yang betul ialah “Lebih dari empat hari”. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Ciri ini membezakannya daripada kata sendi nama daripada yang hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 268 - 272.

Tatabahasa23.04.2025
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu?Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing.Makna09.07.2008
Apakah terjemahan bagi 'polyunsaturated'? Tk.Terjemahannya ialah politaktepu. Sesuatu yang mengandung lebih dari dua atau tiga ikatan dalam molekul seperti sayur-sayuran tertentu atau lemak binatang.Istilah20.03.2009
Saya telah menulis sebuah novel aksi. Inilah percubaan pertama saya, walaupun terpaksa mengambil masa lebih dari 5 tahun untuk disiapkan. Saya telah cuba menghantar di beberapa penerbit namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat syarikat seperti jumlah muka surat yang melebihi standard mereka, tidak boleh menulis jalan cerita yang ada potensi untuk disambung dan lain-lain walaupun mereka suka dengan jalan ceritanya. Bolehkah saya cuba untuk menghantar di DBP dan di terbitkan disini? Saya telah cuba untuk menghubungi cik Azura untuk bertanya terus kepadanya namun panggilan tidak diangkatAssalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Saudara boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi editor di Bahagian Buku Sastera melalui talian telefon 03-21479000.Lain-lain05.03.2019
Ingin bertanyakan tentang penggunaan dari dan daripada: "..lebih dari 300 bangunan.." atau "..lebih daripada 300 bangunan". Terima KasihPenggunaan yang betul ialah "...lebih daripada 300 bangunan".Tatabahasa18.06.2015
Perang dunia melibatkan lebih dari/daripada 30 buah negara. 30 negara itu dikira organisasi atau tempat?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud negara ialah sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat. Maka ayat yang betul ialah Perang dunia melibatkan lebih daripada 30 buah negaraTatabahasa11.02.2021
12345678910...

Kembali ke atas