| Saya perlukan cadangan untuk perkataan over time yang tidak merujuk kepada kerja lebih masa. Contoh ayat : Dementia steadily gets worse over time. Terima kasih. | Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama–kelamaan penyakit demensia akan menjadi semakin teruk.) | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2018 |
| Dalam bidang sumber manusia terutama di Amerika, pekerja yang berhak bagi bayaran kerja lebih masa dikenali sebagai 'non-exempt employee' mengikut Fair Labour Standard Act. Apakah padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi 'exempt and non-exempt employees'? | Padanan bahasa Melayu untuk "exempt employees" ialah "pekerja terkecuali". Padanan istilah untuk "non exempt employee" ialah "pekerja tak terkecuali"
| Istilah | 21.03.2017 |
| Berapakah lama untuk meluluskan iklan bagi syarikat? | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 06.07.2015 |
| Apa maksud dan contoh frasa kata kerja biasa dan kata kerja lembur?..terima kasih | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat "kerja lembur" ialah kerja yang dibuat di luar waktu pejabat (kerja malam), kerja lebih masa. Manakala kerja biasa atau kerja tetap ialah kerja yang dilakukan berterusan dan lazim dilakukan. | Tatabahasa | 14.01.2013 |
| Berapa lamakah masa yang diambil untuk mendapatkan status permohonan pengesahan untuk iklan? | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 30.07.2015 |
| Salam 1 Malaysia, saya ingin bertanya, berapa lama proses untuk kelulusan pengesahan bahasa oleh dbp untuk iklan? | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 21.07.2015 |
| saya tak kesah kalau sekarang khidmat bahasa perlu dibayar tetapi kenapa perlu ambil masa lebih 2 3 hari untuk diluluskan lepas permohonan dibuat walhal masa khidmat ni tak berbayar, proses lebih cepat. adakah bayaran yang dikenakan untuk mendapat khidmat yang lebih lambat daripada sebelum ni? harap pihak DBP lebih produktif dan lebih munasabah. terima kasih. | Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam Talian ialah 3 hari bekerja dan dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Pihak kami akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik pada masa-masa akan datang. | Lain-lain | 16.06.2017 |
| Tuan, apakah perbezaan masa depan dan masa hadapan? yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk terbitan advertorial atau pengiklanan? | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
| Masa depan yang lebih cerah atau masa depan yang cerah? | Frasa "Masa depan yang lebih cerah" dan "masa depan yang cerah" kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 11.10.2022 |
| saya ingin bertanya mengenai penggunaan frasa 'pada masa kini' dan 'pada masa ini'. adakah penggunaan 'pada' tidak boleh digunakan sekiranya menggunakan kata 'kini'.sebaliknya hanya 'pada masa ini'. manakala 'kini' digunakan untuk 'masa kini' tanpa ada kata 'pada'. apa perbezaan antara 'pada masa kini', 'pada masa ini' dan 'masa ini'. bolehkah 'masa ini' berfungsi sebagai kata pangkal ayat?gramatis ke penggunaannya? | Yang lebih gramatis ialah "pada masa kini". | Tatabahasa | 04.10.2007 |