| Apakah golongan kata bagi kata sementelahan? | Perkataan "Sementelahan" bermaksud: lebih-lebih lagi, tambahan pula atau apalagi. "Sementelahan" digolongkan dalam kata nama. | Ejaan | 19.03.2023 |
| Salam, Ayat: Lebih-lebih lagi, dengan teknologi 4G dan terkini 5G, kita dapat.... Perlukah frasa "terkini 5G" ditukarkan menjadi "yang terkini 5G"? Adakah kedua-dua frasa tersebut sama sahaja? Terima kasih! | Frasa "yang terkini 5G" lebih gramatis untuk digunakan. | Tatabahasa | 25.06.2021 |
| Oleh sebab bahasanya yang mudah difahami dan tidak terlalu kompleks, kumpulan cerpen ini sesuai dibaca sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi buat individu yang baru hendak mula mengenal dunia sastera Melayu. Adakah ayat di atas gramatis dan mematuhi tatabahasa standard? | Ayat yang gramatis ialah “Oleh sebab bahasanya yang mudah difahami dan tidak terlalu kompleks, kumpulan cerpen ini sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja, terutamanya individu yang baru mengenali dunia sastera.”. | Tatabahasa | 14.07.2024 |
| Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 30.09.2021 |
| Kerusi itu tidak boleh menahan berat badan yang lebih. lebih atau banyak? | Ayat yang betul ialah “Kerusi itu tidak boleh menampung berat badan yang lebih.” | Tatabahasa | 03.07.2023 |
| Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa. | Tatabahasa | 22.09.2021 |
| Salam sejahtera, saya ada soalan. Yang manakah tepat? "Di Facebook" atau "Pada Facebook". Saya agak keliru dengan penggunaan kata sendi nama "di" dan "pada", lebih-lebih lagi penggunaannya dalam bidang teknologi maklumat. Mohon berikan sedikit penerangan. Terima kasih. | Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+ pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Penggunaan yang betul ialah “melalui”. “Melalui” berfungsi sebagai "dengan perantaraan" atau "menerusi". Contohnya, Rancangan Dewan Bahasa sering kali disiarkan melalui Facebook. | Lain-lain | 19.10.2021 |
| Adakah terjemahan dibawah boleh diterima? The Subtle Art Of Not Giving A Fuck - Sebuah seni untuk bersikap tidak ambil peduli. Terima kasih. | Dalam konteks dan budaya Melayu secara khususnya dan Malaysia secara amnya tidak wujud “satu seni” untuk tidak mempedulikan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika hal tersebut mengandungi unsur tabu seperti mencarut dan hal yang berunsurkan kelucahan, jika wujud pun, hal sedemikian akan wujud secara “berselindung”, disampaikan secara berkias atau dianggap sesuatu yang kasar. Merujuk kepada The Subtle Art Of Not Giving A Fuck frasa ini boleh ditafsirkan “tidak peduli” atau “tidak kisah”. | Lain-lain | 11.04.2022 |
| Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih | Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan: “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan” atau “Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”. | Tatabahasa | 27.02.2024 |
| Salam Hormat Tuan/Puan, Saya ingin mengesahkan penggunaan imbuhan yang betul. Adakah imbuhan "di-vaksin-asi" ialah penggunaan imbuhan yang betul? Jika salah, apakah yang betul? Adakah "divaksin"? Pertanyaan saya ini kerana kini ramai yang menggunakan kad yang tertera tulisan "Saya telah divaksinasi". Sekiranya salah, ada baiknya ia diperbetul kerana akan mengelirukan ramai pihak, lebih-lebih lagi para pelajar. Sekian pertanyaan daripada saya yang ingin tahu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan vaksinasi membawa maksud proses menyuntikkan vaksin ke tubuh seseorang sebagai langkah perlindungan mencegah sesuatu penyakit, pemvaksinan. Oleh itu, divaksinasi boleh digunakan untuk membentuk kata kerja pasif yang membawa maksud telah mengambil vaksin. | Tatabahasa | 10.07.2021 |