Encik Lee, guru kelas saya / Guru kelas saya, Encik Lee | Kedua-dua ayat tersebut betul dari segi tatabahasa dan tidak memerlukan koma, iaitu Encik Lee guru kelas saya atau Guru kelas saya Encik Lee. | Tatabahasa | 01.07.2010 |
Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat Pasif yang betul ialah: (a) Jenny telah dihadiahi Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (b) Jenny telah dihadiahkan Puan Lee sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. (c) Jenny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Yang mana paling tepat? Mengapa? | Ayat aktif - Puan Lee telah menghadiahi Jenny sebuah komputer bersempena dengan hari lahirnya. Ayat pasif yang betul - Janny telah dihadiahi sebuah komputer oleh Puan Lee bersempena dengan hari lahirnya. Untuk makluman, ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Murid-murid sekolah itu sedang belajar. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contoh ayat: Kucing itu dikejar oleh anjing. (daripada: Anjing mengejar kucing) Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 11.10.2015 |
LEE YONG CEAN 016 - 6626885 | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP”, (bukannya Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 18.05.2017 |
1. Dato Lee Chong Wei atau Datuk Lee Chong Wei? 2. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang atau di Perak? | YBhg. Datuk Lee Chong Wei. Untuk maklumat peribadi beliau sila semak melalui akhbar atau majalah yang menyiarkan tentang latar belakangnya. | Tatabahasa | 23.08.2016 |
Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih.... | Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!! | 1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. 2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. | Lain-lain | 27.04.2014 |
Cikgu Lee membawa buku-buku itu ke bilik guru. Apakah ayat pasif untuk ayat tersebut? 1. Buku-buku itu dibawa ke bilik guru oleh Cikgu Lee. 2. Buku-buku itu dibawa oleh Cikgu Lee ke bilik guru. | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 18.07.2010 |
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? *****Jika murid meletakkan (dia)dalam ayat tersebut,adakah boleh diterima******Terima kasih!!!!! | Lihat buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 514 di bawah tajuk Ayat Keterangan. Ayat Keterangan terdiri daripada Ayat induk + Kata hubung + Ayat Keterangan. Berdasarkan rumus yang tersebut, ayat yang betul ialah: Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya dia tidak terlewat ke sekolah; dan Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Tuan, antara ayat berikut yang manakah betul? 1) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan yang betul. 2) Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Encik Lee mengajar pekerja-pekerjanya cara-cara melayan pelanggan dengan betul. | Tatabahasa | 13.06.2012 |
Winnie Lee 3:52PM Selamat petang Saya ingin bertanya bagaimanakah saya hendak memohon menjadi penulis buku teks bahasa Melayu tingkatan 2 untuk kegunaan tahun 2018? Terima kasih | Sekiranya terdapat arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pelawaan sebagai calon penulis akan diiklankan melalui akhbar harian dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat berkenaan. | Lain-lain | 19.09.2016 |