apakah maksud legasi? | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Tatabahasa | 17.01.2013 |
apakah maksud "legasi" dan bagaimanakah contoh penggunaannya dalam ayat. terima kasih. | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, harta peninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Makna | 10.01.2013 |
Apakah maksud/ makna 'legasi'. Perkataan ini digunakan dalam buku yang saya baca 'legasi Mahathir'. kalau dilihat dalam kamus dewan, ia bermakna perwakilan negara di luar (tarafnya lebih rendah daripada kedutaan besar). Mohon penjelasan yang lengkap. Terima Kasih. | Cikgu Tajuddin terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.Cikgu nampaknya Cikgu hanya melihat maknanya daripada satu makna sahaja, jadi cuba Cikgu lihat makna yang diberikan ini. Saya rasa tentu Cikgu dapat jawapan yang diperlukan. Terima kasihn 1. bequest, pusaka, harta peninggalan; (tech) legasi: the land was a ~ from her grandparents, tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya; 2. heritage, warisan: the Elizabethans left us a rich ~ of literature, orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yg kaya kpd kita; 3. consequence, kesan (+ approp adj): the disruption of society is usually one of the legacies of war, kucar-kacir dlm masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan. | Makna | 21.05.2009 |
Apakah maksud 'Malam Legasi Budaya' | Maksud perkataan legasi ialah peninggalan ataupun warisan, manakala budaya bermaksud tamadun atau peradaban, dan tidak ada dalam sumber rujukan kami maksud keseluruhan frasa tersebut. | Makna | 24.07.2010 |
Bolehkah saya menggunakan ayat "melestari legasi" tanpa meletakkan imbuhan kan seperti "melestarikan legasi". Terima Kasih | Kata terbitan yang betul ialah melestarikan. | Tatabahasa | 28.07.2015 |
1.salam puan.bolehkah puan mencadangkan perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "generasi" dalam ayat berikut : sektor pendidikan juga diberikan peranan yang penting bagi membentuk generasi yang mempunyai pengetahuan dan berkemahiran di dalam semua bidang kehidupan. 2. adakah perkataan legasi sama maksudnya seperti generasi? terima kasih puan... | 1. Perkataan pelajar boleh digunakan bagi menggantikan maksud generasi dalam konteks ayat tersebut. 2. Legasi bermaksud waris atau peninggalan, manakala generasi bermaksud peringkat dalam sesuatu keturunan. | Tatabahasa | 25.03.2015 |
Salam. Saya ingin mengetahui perkataan "loading", "help" dan "home" dalam bahasa Melayu. Sangat susah nak cari nama khas IT kat mana-mana. Tolong bantu. Terima kasih! | Sebenarnya DBP telah menyediakan bukan sahaja padanan kepada perkataan Teknologi Maklumat/Komputer, malahan makna istilah tersebut juga disediakan. Sebagai contoh ‘loading’ diberikan padanan ‘pemuatan’. Jika ‘data loading’ kita memberikan padanan ‘pemuatan data’, iaitu proses memasukkan data dalam penggunaan pangkalan data terutamanya dalam gudang data. Proses ini merupakan bahagian terakhir dalam kitaran ETL. Kelebihan proses ini menyebabkan pangkalan data menjadi lebih penting, efisien dan konsisten kerana menyimpan jejak audit semasa pelaksanaannya. Pemuatan data ini juga boleh berfungsi untuk menyatukan data kontemporari dengan sistem legasi. (2) Help (bantuan) ialah atur cara sistem atau bahagian atur cara penggunaan yang menyediakan maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pengguna semasa menggunakan sistem. (3) Padanan ‘home’ ialah rerumah ialah 1. Tempat permulaan kursor pada skrin. 2. Kedudukan awal untuk menempatkan jari pada papan kekunci bagi penaipan pantas. Puan hanya perlu melayari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”. | Istilah | 22.12.2014 |