Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
leha
[lé.ha] |
ليها
Definisi :
(léha) lalai, leka, lengah.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata
leha
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(1)
Glosari Leksikal Bahasa Sukuan
(1)
Khidmat Nasihat
(3)
Artikel Akhbar
(1)
Artikel Majalah
(2)
Ensiklopedia
(1)
Glosari Dialek Pahang
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Khidmat Nasihat
Soalan
Jawapan
Jenis Soalan
Tarikh Soalan
sOALAN 1 Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik
Leha
. Soalan 2 Baiklah, ibu. Saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik
Leha
. Soalan 3 Baiklah ibu. Saya akan Memberi kek ini kepada Mak Cik
Leha
. Yang manakah penggunaan ayat dan tanda baca yang paling betul?
Baiklah ibu, saya akan memberi kek ini kepada Mak Cik
Leha
.
Tatabahasa
09.05.2017
Salam. Sekali lagi saya ternampak percanggahan terhadap huraian yang diberikan oleh pihak DBP. Penggunaan kata sendi nama dalam ayat ini. 1) Mak Cik
Leha
sudah sampai di/ke rumahnya. Yang mana lebih tepat? Huraian pada tahun 2006 menyatakan 'di' kerana menunjukkan sudah sampai tetapi huraian 2010 pula menyatakan 'ke' tanpa penerangan. Terima kasih.
Salam,
Kata sendi yang tepat ialah
Mak Cik
Leha
sudah sampai di rumahnya.
Kata sendi yang digunakan adalah "di" kerana dalam konteks ayat tersebut, Mak Cik
Leha
telah/sudah
sampai. Jika Mak Cik
Leha
dalam perjalanan menuju ke rumahnya (
belum sampai/arah yang dituju
), kata sendi yang perlu digunakan adalah "ke". Contoh ayat,
Mak Cik
Leha
sedang berjalan menuju ke rumahnya
.
Untuk lebih jelas, boleh lihat penggunaan kata sendi
di
dan
ke
di bawah ini:
Kata sendi nama "
di"
= digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan
tempat. Manakala kata sendi "
ke"
pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh lain: 1. Menanam bunga
di dalam
pasu. 2. Menyimpan pisau
di dalam
laci. 3. Melancong
ke
Melaka. 4. Memasukkan duit
ke dalam
tabung. 5. Menyimpan duit
di dalam
tabung.
Tatabahasa
06.10.2015
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik
Leha
sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih.
Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras".
Tatabahasa
30.08.2013
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...