| Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
| Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih. | Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
| Produk terbaru daripada syarikat itu boleh menghilangkan kulit yang ____________ dan bintik-bintik hitam di muka. Manakah jawapan yang sesuai? Dan Mengapa??? Jawapan: berkerut atau berkedut | Sekiranya dilihat makna kedua-dua kata yang diberikan di bawah ini, "berkerut" lebih tepat untuk digunakan. berkerut : 1. tidak licin atau rata (bkn kulit dll), berkedut, bergelembur (bkn kulit dll): lehernya dan dahinya sudah mulai ~; keningnya kelihatan berkerut-kerut spt orang yg sedang mengingatkan sesuatu; ~ seribu banyak kerut, berkedut-kedut; 2. Mn keriting, ikal: rambut yg berkerut(-kerut); berkedut: berlipat-lipat (tidak rata atau licin), berkerut (kulit dll), renyuk (kertas dll), beropol-ropol (kain): seorang tua yg putih rambutnya dan sangat ~ kulitnya menghampirinya; dipakainya juga bajunya yg lusuh dan ~ itu; | Lain-lain | 23.07.2009 |
| Salam, kerap digunakan perkataan "mengenai" yang membawa maksud "tentang", soalan saya dari sudut tatabahasa, bolehkah menggunakan perkataan "mengenai"? Contoh ayat, "Kajian ini dijalankan mengenai....." | Saudari, Antara maksud perkataan mengenai termasuklah berkaitan, dengan atau tentang. Berdasarkan contoh ayat yang dikemukakan perkataan 'mengenai' boleh digunakan dalam konteks makna yang tersebut. Walau bagaimanapun kata yang lebih lazim digunakan ialah 'tentang' kerana mengenai lebih kerap digunakan untuk maknanya yang pertama, iaitu 'kena pada'. Saya sertakan makna mengenai menurut Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu: 1. kena pd (matlamat, sasaran, dll): maka peluru meriam itu pun datang ~ segala orang Melaka, ada yg putus lehernya; diparangnya segala tombak itu habis putus-putus, sebilah pun tiada ~ dia; 2. menyentuh, bergesel dgn (sesuatu): hendaklah berhati-hati supaya wayar elektrik itu tidak ~ besi itu; 3. berkenaan (berkaitan, berhubungan) dgn, tentang: dlm buku kecil itu terdapat catatan-catatan penting ~ beberapa perkara; mereka mencari suatu penyelesaian ~ masalah tersebut; 4. menimpa: penyakit campak ini lebih kerap ~ kanak-kanak drpd orang dewasa; 5. Mn, bp bersetubuh; | Tatabahasa | 02.08.2012 |