Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1. pecah atau retak (kerana kena panas spt tanah dll), merekah; bibirnya ~ bibirnya pecah-pecah kepanasan; 2. mudah tanggal (isi buah dr biji, cat dr kayu, dll), longkah, tidak melekat; rambutan ~ rambutan yg isinya mudah terkopek dr bijinya; 3. tidak henti­-henti, sentiasa: saya tidak ~ memegang peta; tak ~ di bibir selalu disebut-sebut; tak lapuk dek hujan, tak ~ dek panas prb adat yg tidak berubah-ubah (kekal); berlekang tidak lagi bersama-sama (sahabat dll), bercerai, berpisah: pd suaminya dah timbul alamat, masa ~ hampirlah sangat; melekang 1. pecah atau belah (bibir, tanah, dll); 2. tanggal atau longkah (cat dll); melekangkan 1. menjadikan lekang; 2. ki memisahkan (memalingkan) drpd: ia tidak dapat ~ matanya drpd peristiwa yg sedang berlaku di depannya; pelekang ki sesuatu yg melekangkan (meng­hilangkan penyakit dll, memisahkan): nasi dingin tampal kepala, ubat orak ~ jerih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kang] | لکڠ

Definisi : 1 pecah kerana terkena panas; retak: Kerana hari terlalu panas, tanah sawah menjadi kering dan ~. 2 mudah tanggal (bkn daging buah dr biji); longkah: Rambutan ini ~ dan manis. 3 terkopek (bkn cat dsb); tertanggal. melekang 1 menjadi pecah atau belah (bkn tanah, bibir dll) kerana panas. 2 tanggal (bkn daging buah dr biji). 3 mengelupas (cat dr dinding dll). melekangkan memisahkan (sesuatu, seseorang) dr: Sangat susah ia hendak ~ dirinya dr anaknya yg disayangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekang (adjektif)
1. Bersinonim dengan retak
( rekah, pecah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan longkah
( senang tanggal)
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan sentiasa
( selalu, saing, )
(adverba:)

Kata Terbitan : berlekang, melekang, melekangkan, pelekang,

Peribahasa

Tak lapuk di hujan,
     tak lekang di panas.

Bermaksud :

Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TERANGKAN TENTANG KEINDAHAN BAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU?Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran danpengalaman hidup penyusunnya. Perkara ini memerlukan penelitian dan kajian yang perinci. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan serta kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar. Lain-lain25.03.2009

Kembali ke atas