leksikografi | Leksikografi bermaksud penyusunan kamus; hal-hal yg berkaitan dgn kamus: ahli ~ orang yg menyusun kamus; penyusun kamus. | Makna | 27.08.2010 |
Apakah yang dimaksudkan dengan linguistik terapan? | Linguistik terapan ialah cabang linguistik yang berkaitan dengan penerapan praktikal kajian bahasa seperti linguistik pedagogi, leksikografi, terjemahan dan psikolinguistik. | Makna | 14.11.2016 |
Salam sejahtera, Berdasarkan jawapan tuan tentang soalan saya pada 12.11.2013, besarlah harapan saya agar keterangan maksud travelator " bergerak mendatar" dapat ditambah "turun atau naik" cuma bezanya tidak bertangga. Maka maksud travelator akan menjadi tepat dan tidak menimbulkan kekeliruan pada masa hadapan. Mohon dipanjangkan kepada pihak perkamusan DBP. Terima kasih | Pandangan dan harapan tuan akan kami panjangkan kepada Bahagian Perkamusan dan Leksikografi, Dewan Bahasa dan Pustaka.
| Tatabahasa | 13.11.2013 |
adakah bapa membeli sebuah kereta baru betul? Terdapat guru sekolah yang mengatakan bahawa kereta baru salah perlu digantikan dengan kereta baharu, tetapi saya merujuk kamu dewan dan ia menyatakan bahawa baru merujuk belum dipakai lagi. oleh itu, saya amat keliru bahawa kereta baru betul atau tidak | Terdapat pegangan yang kata "baru" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "just" dan kata "baharu" ialah kata padanan bagi kata Inggeris "new". Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga juga mengkategorikan kata "baharu" sebagai kata adjektif dan kata "baru" sebagai kata bantu aspek. Hal ini telah menjadi panduan kepada sistem pendidikan dan pengajaran bahasa Melayu di negara ini. Hal tersebut berbeza dengan konsep perkamusan/leksikografi. Kamus ialah perakam penggunaan kata dan maknanya dalam sesuatu masyarakat. Penggunaan sesuatu kata, khususnya yang difahami oleh penutur jatinya, tidak boleh dinafikan. Dalam hal ini, kata "baharu" dan "baru" dapat dibezakan maknanya hanya dalam konteks penggunaan/ayat. Hal ini tidak menjadi masalah kepada penutur asli bahasa ini. Hal yang sama berlaku kepada kata lain seperti sahaja/saja, sahaya/saya, bahala/bala dsb. Jadi kesimpulannya, untuk mendapat markah di sekolah, ikutlah panduan/peraturan/pengajaran di sekolah. Contoh ayat yang betul: 1. Ayah membeli sebuah kereta baharu. 2. Nenek baru sampai dari kampung.
| Makna | 11.05.2023 |
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik | Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa). Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: http://prasastibahasa.com/?p=19. cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf | Makna | 22.10.2009 |
Menurut Kamus Dewan 2020, “jakun” merujuk kepada seseorang yang hairan atau pelik apabila melihat sesuatu yang baharu, ganjil, atau luar biasa. Perkataan ini sering digunakan dalam percakapan harian dengan nada sindiran atau penghinaan, namun “Jakun” juga merupakan nama salah satu suku kaum Orang Asli. Bolehkah saya mendapat penjelasan mengapa perkataan yang berpotensi menyinggung perasaan masyarakat Jakun ini dimasukkan dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih. | Sesebuah kamus berfungsi sebagai perakam maklumat berkaitan sesuatu kata dalam sesuatu bahasa. Maklumat berkaitan sesuatu kata diperoleh daripada data korpus, termasuk rakaman makna secara lisan dan daripada sumber rujukan terdahulu. Perbezaan makna menunjukkan kepelbagaian dan kekayaan yang terkandung dalam setiap bahasa yang terdapat di dunia, termasuk bahasa Melayu. Jika maklumat tentang sesuatu kata itu tidak dirakamkan (dijadikan kata masukan dalam sesebuah kamus), masyarakat dan generasi seterusnya tidak memperoleh rujukan yang sebenar dan hal ini menyebabkan ketidaktelusan dan kelompongan maklumat berkaitan kata tersebut berlaku. Perakaman maklumat dalam kamus-kamus terbitan DBP, termasuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) tidak bertujuan untuk menyinggung mana-mana pihak. Maklumat yang dibekalkan adalah autentik dan selaras dengan prinsip leksikografi dunia yang terkini dan terbukti digunakan oleh masyarakat. Pengguna bahasa haruslah memanfaatkan maklumat yang dibekalkan (yang dimasukkan ke dalam sesebuah kamus) secara bijaksana, berhemah dan tidak semberono semasa menggunakan kata-kata yang terdapat dalam sesuatu bahasa, khususnya bagi kata yang berlabel bahasa basahan (bb), bahasa percakapan (bp), bahasa kasar (bk) dan kata tabu (tabu). Maklumat seperti ejaan kata nama khas (dieja huruf besar) dan kata nama umum/am (dieja huruf kecil) juga merupakan petunjuk bagi penggunaan kata tersebut. Sebarang kata yang digunakan harus mengikut konteks penggunaan, dan tidak semua kata yang terakam dalam kamus boleh digunakan terutamanya dalam situasi tertentu, seperti dalam peperangan, pergaduhan, dalam keadaan marah dan sebagainya. Harus berhati-hati apabila berkata-kata seperti kata pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya". | Makna | 21.08.2024 |