Bilakan istilah leksikologi pertama kali dimasukkan dalam Kamus Dewan? | Dr. Nathesan, Istilah leksikologi pertama kali dimasukkan di dalam Kamus Dewan pada tahun 1994, iaitu di dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 15.11.2010 |
guna perkataan BM apa untuk "party popper"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "party popper" dalam bahasa Melayu. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 14.05.2013 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk 'jackfish'? Terima kasih. | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "jackfish" dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 30.10.2013 |
Saya ingin mengetahui apa istilah 'house husband' dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | Terjemahan frasa house husband tidak ada dalam pangkalan data kami. Kami akan merujuk hal ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP dan jawapan/cadangan jawapan akan kami e-mel kepada saudara. | Istilah | 27.06.2012 |
turnaround leadership pohon mencadangkan apa perkataan bahasa melayu yang sesuai dengan perkataan di atas.? | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "turnaround leadership" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk dibincangkan. Kami akan menghubungi puan sekiranya telah mendapat padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 08.02.2013 |
Salam. Boleh saya tahu apakah cadangan terjemahan untuk 'Memory Foam'? seperti dalam pautan ini http://en.wikipedia.org/wiki/Memory_foam Terima kasih | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "memory foam" dalam pangkalan data kami. Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.05.2013 |
Mohon terjemahan perkataan "infill development" dan "brownfield". | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "infill development" dan "brownfield" dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maksud yang dirujuk dalam Internet, cadangan padanan bahasa Melayu untuk "infill development" ialah pembangunan bererti atau pembangunan penting. Kedua-dua istilah ini akan dikemukakan kepada bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 30.09.2013 |
Tuan/Puan, Bolehkah saya tahu terjemahan "Book of Ezra" dalam bahasa Melayu? Adakah ia "Kitab Ezra" atau "Kitab Uzair"? Berikut merupakan petikannya: "And the Book of Chronicles, the Book of Ezra in the Hebrew scriptures reported in ringing terms." Terima kasih. | Untuk makluman, istilah "Book of Ezra" dan "Uzair" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.09.2013 |
Salam, saya ingin bertanya cadangan terjemahan beat box. Definisinya: Beatboxing is a form of vocal percussion which primarily involves the art of producing drum beats, rhythm, and musical sounds using one's mouth, lips, tongue and voice. Terima kasih. | Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "beatbox" dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.07.2013 |
assalamualaikum/salam sejahtera. Saya ada kemusykilan berkaitan istilah "teacherpreneur" dalam bahasa Malaysia. "teacherpreneur" dirujuk sebagai: "teacher leader of proven accomplishment possessing a deep knowledge of how to teach, a clear understanding of what strategies must be in play to keep schools highly successful, and the skills and commitment necessary to spread their expertise to others". | Untuk makluman, istilah "teacherpreneur" belum ada dalam pangkalan data kami. Istilah ini akan dikemukakan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 06.07.2013 |