Pusat I - Pusat II - | Pusat I - Lekuk di tengah perut Pusat II - Kawasan (daerah) yang letaknya di tengah- tengah benar. - Punca @ tumpuan berbagai-bagai kegiatan. | Makna | 23.03.2007 |
Apakah ayat / istilah yang betul bagi ayat "flattening the curve" dan "black swan event"? | Terjemahan yang sesuai bagi 'flattening the curve' ialah landai lekuk manakala black swan event ialah peristiwa tidak dijangka | Makna | 27.07.2020 |
maksud nusakancana? | Nusakancana merupakan lambang pada bahagian lekuk pinggang wau yang merujuk kepada Tanah Melayu | Makna | 04.03.2020 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
Salam, boleh tuan/puan berikan maksud 'air laut', 'air kolam' dan 'air sungai'? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, laut ialah air masin yang menggenangi sebahagian besar daripada muka bumi, sungai ialah tali air yang semula jadi dan kolam ialah lubang (lekuk) di tanah yang berisi air. Puan boleh melayari laman PRPM.dbp.gov.my untuk makna perkataan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ. | Menurut data kami, perkataan rabung ialah 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 20.12.2018 |
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak | Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb) Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll); Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll); Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat; Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Makna | 17.04.2009 |