Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.la.bah] | للابه

Definisi : labah-labah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.la.bah] | للابه

Definisi : beberapa jenis serangga berkaki lapan yg menangkap mangsanya dgn menggunakan sarangnya, spt Liphistius malayanus, Heteropoda venatoria, dan Nephila maculata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelabah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Aslm tuan, adakah perkataan "ayak-ayak", yang merupakan terjemahan bagi perkataan "daddy-long-legs", boleh digunakan untuk merujuk pada lelabah dalam keluarga Pholcidae dan order Opiliones yang turut dipanggil sedemikian?Padanan bahasa Melayu bagi istilah daddy-long-legs ialah ayak-ayak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. Istilah ayak-ayak boleh digunakan untuk merujuk pada lelabah dalam keluarga Pholcidae dan Opiliones.Penyemakan dan penterjemahan24.12.2023
Salam, Apakah cadangan terjemahan untuk roller-coaster dan bungee jumping? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "roller-coaster" dan "bungee jumping". Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "bungee jumping" ialah terjun lelabah. Perkataan "roller-coaster" dikekalkan dan diitalikkan ejaannya dalam bahasa Melayu.Istilah04.04.2013
Terjemahan 1. Super motor 2. base jumping 3. inline skate 4. bugee jumping 5. tree climbing 6. caving 7. paragliding 8. wind surfing 9. kite surfing1. Super motor-motor lasak (aktivitnya - lumba motor lasak) 2. base jumping-terjun tapak 3. inline skate-kasut luncur sebaris (aktivii - luncur sebaris) 4. bugee jumping-terjun lelabah 5. tree climbing-panjat pokok 6. caving-jelajah gua 7. paragliding-luncur layar 8. wind surfing-luncur angin 9. kite surfing-pelayaran layang-layangMakna01.04.2014
Assalamualaikum & Salam Sejahtera... Puas sudah saya mencari padanan dalam bahasa kebangsaan istilah "flying fox". Sudi bantu saya? Terima kasih....Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, tuan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying Fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah09.12.2014
Saya ingin bertanya jika ada padanan Bahasa Malaysia untuk perkataan flying fox atau Zip Line( di Amerika)?Tidak ada maklumat berkaitan flying fox atau zip line dalam data DBP. Mengambil kira bungee jumping diberikan padanan ‘terjun lelabah’, kami mencadangkan flying fox diberikan padanan  ‘terbang kelawar’. Pada peringkat permulaan memperkenalkan istilah ini, puan boleh menulis menggunakan ‘terbang kelawar’ dan flying fox dalam kurungan, terbang kelawar (flying fox).Istilah03.12.2014

Kembali ke atas