| 1.Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT TERSEBUT? TK | Ayat "Isteri muda lelaki itu bekerja sebagai pereka hiasan dalaman di syarikat swasta." adalah betul dan tidak terdapat sebarang kesalahan. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
| Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan? | Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan. | Lain-lain | 05.03.2014 |
| apakah definisi belia dan konsep belia di malaysia? | 1. Mengikut Kamus Dewan definisi "belia" ialah : a) muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); b) pemuda; c) golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab~2. Konsep Belia di Malaysia pula, saudara bolehlah menghubungi Kementerian Belia dan Sukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pertanyaan tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 19.06.2008 |
| Apakah Takrifan belia mengikut kamus Dewan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, belia bermaksud 1. muda 2. pemuda 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi | Makna | 13.09.2011 |
| berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru | Pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita). | Makna | 23.06.2009 |
| Salam 1Malaysia, yang manakah ayat (1 atau 2) yang paling sesuai digunakan dalam ayat berikut? mohon cadangan ayat yang sesuai. 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. 2. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama di antara responden guru Lelaki dan Perempuan, responden guru Luar Bandar dan Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. sekian terima kasih | 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan.
| Tatabahasa | 13.08.2015 |
| 1. Adakah penggunaan almarhum hanya boleh digunakan untuk kerabat yang berpangkat seperti sultan, tengku mahkota dan raja muda sahaja. | Almarhum ialah kata ganti diri yang digunakan sebelum nama orang lelaki Islam, lazimnya digunakan pada raja dan kerabatnya yang telah mangkat atau meninggal. Walau bagaimanapun, almarhum juga boleh digunakan untuk orang kebanyakan. | Lain-lain | 27.09.2023 |
| apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih.. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. | Makna | 17.04.2010 |
| 1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam” | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |
| Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |