Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaman

Juga ditemukan dalam:


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya petik teks di bawah ini daripada lelaman prpm@DBP. "Soalan saya inginkan penjelasan tentang ejaan bekerja. Mengapa pekataan tersebut tidak dieja sebagai berkerja? Terima kasih. Jawapan Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu." Soalan saya, mengapakah apabila perkataan serta diberi imbuhan "ber", ia menjadi berserta dan bukan beserta? Sekian, terima kasih.Awalan ber- yang bergabung dengan perkataan yang konsonan awalnya diikuti oleh -er- (kerja, derma, serta),maka r dalam awalan ber- tidak gugur, walaupun terdapat kecenderungan sesetengah penutur menggugurkan r dalam awalan ber- dalam pengucapan lisan. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian.Tatabahasa03.02.2009
Kenapa laman-laman WEB Malaysia, tidak mengutamakan bahasa kebangsaan? Terutama, Lelaman Kerajaan, Syarikat Kerajaan dan seangkatan dengannya?Kami merakamkan ucapan terima kasih kerana keprihatinan tuan terhadap rasa tanggungjawab bersama-sama memartabatkan bahasa Melayu. Pada masa ini DBP hanya boleh membimbing dan menasihati mana-mana agensi untuk menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi yang termaktub dalam akta DBP.Lain-lain29.06.2007
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).Tatabahasa06.02.2009
Sila terangkan perbezaan antara 'web page' dan 'webpage'. Jika dirujuk kepada terjemahan DBP, terjemahan bagi 'webpage' adalah 'lelaman web', manakala bagi 'web page' jawapannya adalah 'laman web. Terima kasih.Web page sama dengan webpage dan padanan dalam bahasa Melayu ialah laman web. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Istilah31.01.2013

Kembali ke atas