Apakah perbezaan di antara perkataan 'ia' dan 'ianya'. Selain itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang merujuk haiwan @ binatng dalam sesebuah ayat. Contohnya: Lembu - lembu itu berkeliaran dan ...... enggan masuk ke kandang. | Yang betul ialah ia, iaitu ganti nama diri ketiga untuk manusia. Perkataan nya tidak boleh digandingkan dengan ia menjadi ianya kerana nya juga ganti nama diri ketiga. Bagi binatang, boleh digantikan dengan haiwan itu atau mamalia tersebut. | Tatabahasa | 15.04.2010 |
LEMBU/KERBAU DICUCUK HIDUNG | KERBAU DICUCUK HIDUNG | Tatabahasa | 02.11.2010 |
betulkah ayat ini? Haji Ghazali memotong dua ekor lembu | Ayat yang betul ialah: Haji Ghazali menyembelih dua ekor lembu. Perkataan memotong digunakan dalam konteks yang berikut: Haji Ghazali memotong daging lembu. | Tatabahasa | 28.05.2011 |
Anak saya bertanya tentang penjodoh bilangan untuk ekor. se ? ekor. terima kasih | Tuan, Ekor merupakan penjodoh bilangan bagi binatang: contohnya, seekor lembu, dua ekor lembu jantan, dan sebagainya. | Lain-lain | 21.03.2009 |
Tuan/Puan, Saya telah semak maksud dalam Kamus Dewan untuk perkataan "melontar" dan "melontarkan". Saya masih tidak faham akan perbezaan penggunaannya dalam ayat 1, ayat 2 dan ayat 3. Apakah jawapan yang betul untuk ayat 4? Ayat 1: Ia melontar lembu itu ayat 2:Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah ayat 3: Ia melontar batu ke arah lembu itu Ayat 4: Dia ______ lembu itu dengan batu. | Melontar bermaksud membaling sesuatu, manakala melontarkan bermaksud menggunakan sesuatu untuk melontar/membaling. Oleh itu, lihat pembetulan bagi ayat yang salah: 1. Ia melontar lembu itu - menjadi - Ia melontar lembu itu dengan batu 2. Ia melontarkan puntung rokoknya ke tanah - betul 3. Ia melontar batu ke arah lembu itu - menjadi - Ia melontarkan batu ke arah lembu itu 4. Dia melontar lembu itu dengan batu - betul | Tatabahasa | 09.03.2011 |
Penjodoh Bilangan bagi 'ekor lembu' apa.. TQVM | Melihat bkepada bentuk fizikalnya penjodoh yang paling sesuai ialah batang. Contohnya, dua batang ekor lembu. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
1)Milking Complex milk storage room, cold room, utility room, control room, operator pit, manager room, meeting room, office, surau, male toilet, female toilet, milking parlour area 2)Cow Barn 3)Calf Shed 4)Heifer shed 5)Silage Store 6)Bio-Security 7)Fertilizer Store 8)Feed store 9)Guard House 10)Cattle Surveillance Post 11)TNB Sub-Station H.T switch gear room,Transformer room,MSB room 12)Water Tank 13)Septic Tank 14)Waste/Manure Treatment Ponds 15)Cattle Loading/Unloading Area | 1)Kompleks Pemerahan Susu bilik penyimpanan susu, bilik sejuk, bilik utiliti, bilik kawalan, pit operator, bilik pengurus, bilik mesyuarat pejabat, surau, tandas lelaki, tandas perempuan, ruang memerah susu 2)Kandang Lembu 3)Kandang Anak Lembu 4)Kandang Lembu Dara 5)Stor Silaj 6)Bio Keselamatan 7)Stor Baja 8)Stor Makanan 9)Pondok Pengawal 10)Pos Peninjau Lembu 11)Pencawang TNB bilik peralatan suis voltan tinggi, bilik transformer, bilik MSB 12)Tangki Air 13)Tangki Septik 14)Kolam Rawatan Tinja 15)Ruang Pemunggahan Lembu | Istilah | 25.10.2011 |
Pak Mamat dan kawannya berusaha______ bangkai lembu yang telah dilanggar di tengah jalan tersebut. A menarik B menghela C mengheret D menyorong ( tuan, apakah jawapan yang paling sesuai?) tq | Ayat ini perlu disertai dengan visual ceritanya kerana menarik bermaksud menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri; mengheret bermaksud menarik (dengan paksa), menghela (dengan kuat), atau menyeret menarik sesuatu (dengan bergeser di tanah) dan menyorong bermaksud menolak ke hadapan. Tanpa berpandukan kepada visual, pada pendapat kami jawapan ayat tersebut ialah mengheret atau menyorong. | Tatabahasa | 20.07.2011 |
Merujuk kepada arkib soalan No. 38. Para penternak lembu mengalami kerugian "akibat" penyakit kuku dan mulut yang menyerang ternakan mereka. Bukankah "akibat" patut digantikan dengan "kerana" ? atau "sebagai akibat"? Perkataan "akibat" ialah kata nama dan bukan kata hubung. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akibat bermaksud hasil atau keputusan daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya. Oleh itu perkataan akibat boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.10.2010 |
kuda itu berlari___ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh lembu jawapan pantas atau laju sebab....... | Dalam Kamus Dewan laju sama maksudnya dengan pantas. Oleh itu kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut. | Tatabahasa | 23.07.2012 |