Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contohnya: Kajian terhadap beberapa ekor lembu tenusu menunjukkan dapatan yang agak menarik. Walau bagaimanapun, terdapat kecenderungan pengguna menggunakan kata sendi nama terhadap sebagai unsur yang membawa maksud rujukan umum atau mujarad. Dalam hal ini, penggunaan yang demikian harus digantikan dengan kata sendi nama tentang. Contohnya: Penghulu itu mengambil berat terhadap kebajikan orang kampung. (seharusnya: Penghulu itu mengambil berat tentang kebajikan orang kampung.) Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 281 - 282.
Thanks for clicking. That felt good.