1.lembut rasa kek coklat ini. 2. mengapa lembut sangat suara radio itu? tanya Liew tuan, adakah kedua-dua ayat ini kesalahan dalam penggunaan lembut? tq | 1. Lembut tidak sesuai digunakan untuk merujuk kepada 'rasa'. Perkataan yang lebih sesuai ialah sedap, enak atau lazat. 2. Lembut boleh digunakan untuk merujuk kepada 'suara'. Perkataan lain yang sesuai ialah merdu, nyaring dan lunak. Ayat tersebut sepatutnya menambah perkataan juruhebah atau penyiar sebelum perkataan 'suara'. Perkataan 'bunyi' lebih sesuai untuk radio. (... bunyi radio itu.) | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Nenek merebus ubi kayu itu sehingga_____untuk dibuat kuih lepat ubi. a. Lembut b. Lemau c. Lembik d. Empuk apakah jawapan? Apakah perbezaan antara keempat-empat pilihan di atas? | Jawapan yang sesuai ialah empuk. Keempat-empat perkataan ini ada maksud tersendiri yang bergantung kepada konteks penggunaan: 1. Lembut - tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. 2. Lemau - tidak garing kerana sudah masuk angin (bkn biskut, kuih dll). 2 tidak rancak (bkn bunyi-bunyian 3. Lembik - terlalu lembut (spt tanah, nasi, bantal, dll), tidak keras atau tegang (tali dll), kendur, lunak: tanah perkuburan itu masih ~; kuih ~; 2. tidak kuat atau cergas (orang), lemah, lembam: badannya ~ dan kurang sihat; ketawa ~; semangatnya ~; melembikkan menjadikan lembik, menyebabkan lembik (lemah, kendur, dll); kelembikan perihal lembik (lemah, kendur, dll), kekenduran, kelemahan. 4. Empuk - lembut dan mudah dikunyah (bkn makanan). 2 tidak keras; lembut: duduk di kerusi yg ~. 3 reput dan mudah koyak (bkn kain). 4 sedap didengar (bkn bunyi); merdu; lunak. mengempukkan menjadikan empuk: Ubi itu direbus lama sedikit utk ~nya. keempukan keadaan atau sifat empuk: Mereka menguji ~ tilam baru itu. | Makna | 03.05.2014 |
Tuan, yang manakah ejaan yang betul? (1) berterus-terang atau berterus terang (2) lemah-lembut atau lemah lembut (3) terang-benderang atau terang benderang terima kasih. | Ejaan yang betul ialah berterus terang, lemah lembut dan terang-benderang. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
1) Soft and safe to use for feeding your baby. 2) Coated with high quality soft and durable silicone material. 3) Perfect size for baby’s mouth. 4) Rounded bowl shape for easy scooping of food. 5) Soft silicone bowl gentle on tender gums. 6) Easy-to-grip long handle for easy feeding. Please help to check the translation in BM as below: 1) Lembut dan selamat digunakan untuk memberikan makan kepada bayi. 2) Dilapisi dengan bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sempurna untuk mulut bayi. 4) Bentuk mangkuk bulat untuk membuat makanan mudah. 5) Sangkar silikon lembut pada gusi lembut. 6) Mudah mengendalikan genggaman yang panjang untuk memberikan makan dengan mudah. Sekian terima kasih :) | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:1"> 1) (Sudu yang) / Lembut dan selamat digunakan untuk menyuap bayi anda. 2) (Botol dilapisi) /Dilapisi bahan silikon lembut dan tahan lama yang berkualiti tinggi. 3) Saiz sesuai dengan mulut bayi. 4) Mangkuk berbentuk bulat untuk menyenduk makanan dengan mudah. 5) Mangkuk silikon lembut sesuai untuk gusi lembut. 6) Pemegang (botol/sudu) yang panjang mudah dicengkam semasa memberikan makanan. Perkataan dalam kurungan perlu ada jika teks tidak disertakan dengan gambar. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.06.2018 |
Salam, betulkah ayat ini? Encik Logan mempunyai beberapa ekor kucing Parsi yang sangat besar dan gebu. Bolehkah kata adjektif 'gebu' digunakan untuk bulu kucing Parsi?Terima kasih. | Perkataan gebu dalam ayat di atas tidak sesuai. Gebu merujuk kepada 1. lembut (ubi dll), gembur (tanah); 2. penuh berisi, licin dan halus kulitnya: pipinya yg gebu. Penggunaan perkataan gebu bagi merujuk kepada bulu kucing tidak sesuai. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan bagi istilah berikut. Semua istilah merujuk pada permainan kanak-kanak kecuali nombor 4. 1) plushy 2)soft toy 3)stuffed animal 4)plushophile 5)Teddy bear Terima kasih. | Waalaikumsalam. Cadangan kami: 1. plushy =patung mainan lembut 2. soft toy = mainan lembut 3. stuffed animal = patung mainan lembut 4. plushophile = patung 5. teddy bear = beruang teddy | Penyemakan dan penterjemahan | 28.09.2015 |
1)Bola itu menjadi lembut selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2)Azzilah terpaksa berpinar mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. Tolong betulkan.Terima kasih. | 1) Bola itu menjadi kempis selepas beberapa lama tersimpan di dalam stor. 2) Azzilah terpaksa berputih mata melihat rakan-rakannya makan di kantin sekolah kerana dia tidak dibekali wang oleh ibunya untuk membeli makanan. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih. | 1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkar | Tatabahasa | 29.12.2012 |
Formulated with a blend of natural derived ingredients. BM Translation: Dirumus dengan bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber semulajadi. apply and gently lather BM Translation: sapukan dan mengusap secara lembut Terima kasih. | Tuan, Ayat 1: Bahan yang dirumus dan diperoleh daripada sumber semula jadi. Ayat 2: Gunakan dan sapukan secara lembut. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 22.06.2017 |
1) To pump or collect breast milk easily. 1) Mengepam atau mengumpul susu ibu dengan mudah. 2) Soft and comfortable to use. 2) Lembut dan selesa dipakai. 3) Small and handy for easy storage to use at home or on the go conveniently. 3) Saiz yang kecil senang disimpan dan digunakan di rumah atau di mana-mana sahaja. 4) Comes with a cover to keep clean. 4) Disertakan dengan penutup untuk menjaga kebersihan. Sekian terima kasih :) | Padanan terjemahan yang dicadangkan adalah betul penggunaan bahasanya. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2018 |