| 1)Adakah perkataan senget sesuai digunakan dalam ayat di bawah?Mohon pencerahan. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. 2)Adakah kata penguat 'terlalu amat' di bawah sesuai digunakan? -Kuala Tahan terlalu amat terkenal sebagai lokasi tumpuan pengail. | Untuk ayat (1) perkataan "senget" sesuai. Ayat (2) pula kata penguat "terlalu amat" sesuai digunakan tetapi secara gramatisnya agak lewah. | Lain-lain | 29.08.2014 |
| Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Kelihatan seorang jururawat sedang memberikan satu suntikan di lengan seorang pesakit. 2. Seorang jururawat sedang menyelimutkan pesakit. 3. Terdapat beberapa orang pesakit yang ada di hoospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh lampu di mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang dibawa oleh jururawat. | 1. Ayat pertama betul. 2. Seorang jururawat sedang menyelimuti pesakit dengan selimut. 3. Terdapat beberapa orang pesakit berada di hospital. 4. Seorang doktor sedang menyuluh ke dalam mata pesakit. 5. Seorang pesakit sedang duduk di atas kerusi roda yang disorong oleh jururawat. | Tatabahasa | 13.08.2013 |
| 1)Adakah perkataan menuntun sesuai digunakan di dalam ayat di bawah? - Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi tatabahasanya atau perbendaharaan kata?Jika ada, mohon diperbetul. - Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. -Pegawai Pertanian itu sedang berceramah dengan para pekebun kecil. -Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. -Lengan baju kurungnya senget kerana silap dijahit. - Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. -Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 3)Adakah penggunaan perkataan terdedah di bawah salah?Jika ya mohon diperbetul. -Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 4)Apakah jawapan yang paling sesuai bagi tempat kosong di bawah?Adakah kedua-dua jawapan A dan B boleh diterima atau jawapan A yang paling tepat. - Siew Ping amat _________ melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. A. leka B. khusyuk | Ayat ini betul: 1. Sofea menuntun wanita tua itu menyeberangi jala yang sibuk itu. 2. Sungguh amat manis senyuman gadis yang bertugas di kaunter itu. 3. Pegawai Pertanian itu sedang berceramah kepada para pekebun kecil. 4. Peserta diminta berkumpul di gelanggang berhadapan Dewan Kaunselor. 5. Lengan baju kurungnya senget kerana tersilap jahit. 6. Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ. 7. Perbuatan kamu ini telah jelas salah di sisi undang-undang. 8. Langsir itu terdedah apabila ditiup angin. 9. Siew Ping amat leka melayari internet sehingga tidak sedar bahawa malam sudah larut. | Tatabahasa | 21.08.2014 |