Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lénggok) 1. pergerakan tubuh badan (ketika berjalan, menari, dll), gelengan kepala sewaktu menari: dlm setiap tarian, ~ gontai mempunyai maksud dan makna seni yg tersendiri; 2. ki cara, gaya: banyak perkataan berbeza dr segi sebutan mengikut ~ sebutan sesuatu kaum; ~-lenggang = lenggang-~ = lenggok-lenggok berliuk-liuk ke kiri ke kanan (bkn pergerakan orang menari, berjalan, dll): ~-lenggang bagai cupak hanyut; berlenggok, berlenggok-lenggok, melenggok, melenggok-lenggok, terlenggok, terlenggok-lenggok bergoyang-goyang atau meliuk-liuk (badan, kepala, dll): sambil bersiul-siul kecil dia melenggok keluar dr kamar itu; kepalanya melenggok-lenggok ke kiri ke kanan; melenggok-lenggokkan menjadikan meleng­gok, menggoyang-goyangkan badan (kepala dll): penari itu berjalan sambil ~ badannya mengikut irama muzik yg mengiringi tarian­nya; maka oleh karangan itu ditarahnyalah kepala kanak-kanak itu, maka budak itu pun menangis kepalanya dilenggok-lenggokkan­nya; lenggokan lenggok: ~ badannya memikat hati para penonton. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lénggok/ liuk badan ke kiri dan ke kanan semasa menari atau berjalan; gelengan kepala ketika menari. berlenggok-lenggok bergerak dgn meliuk-liukkan badan atau menggeleng-gelengkan kepala dgn elok (ttg orang menari, berjalan). melenggok-lenggokkan menggerak-gerakkan (badan, kepala) ke kiri ke kanan dgn elok; meliuk-liukkan. terlenggok-lenggok terliuk-liuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lenggok

Peribahasa

Kain rabak tegal dek lenggang awak,
     baju rabik tegal dek lenggok awak,
kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.

Bermaksud :

Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri. rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... Saya mahukan penjelasan mengenai maksud berliuk-lintuk. Sekian.Tidak ada perkataan berliuk-lintuk, perkataan yang betul ialah terling-liuk iaitu terlenggok-lenggok (lalang dan sebagainya apabila ditiup angin)Tatabahasa02.02.2012
Tolong terangkan maksud 'Bicara Berirama' (salah satu program dalam BBSN),contoh skripnya dan cara penyampiannya.Bicara berirama ialah bercakap atau berkata menggunakan bahasa berirama dalam nada suara panjang atau pendek dengan bunyi yg teratur. Atau turun naik bunyi yg teratur pd lagu dll, rentak gaya, tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yg dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.Kebiasaannya seseorang yang menggunakan bicara berirama akan memastikan intonasi suara, irama, lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam menyampaikan sesuatu teks itu. Ini juga bergantung pada latihan yang dilakukannya. Terima kasih.Tatabahasa23.10.2008

Kembali ke atas