Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lengkapkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila lengkapkan peribahasa yang berikut dengan betul. Jangan membuat apa-apa perubahan terhadap peribahasa yang diberi. Terima kasih. 1. Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain,Jawapan yang betul ialah,

 Asal kapas menjadi benang,

         Sudah benang menjadi kain;

 Barang lepas jangan dikenang,

         Sudah jadi orang lain.

(Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, DBP, 2005)



Lain-lain13.01.2022
1. Sila lengkapkan “Pernyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan “Penyataan Setuju-Terima” pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih)Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.    Tatabahasa03.03.2009
Saya ialah seorang penulis buku bahasa Jepun. Pohon semak ayat arahan berikut. Terima kasih. a. Tuliskan sebutan bagi Kanji yang bergaris. b. Pilihkan kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan. c. Tukarkan kata kerja kepada bentuk yang sesuai dan lengkapkan ayat. d. Baca petikan dan jawab soalan berikut.A. Betul B. Pilih kosa kata yang sesuai dan lengkapkan petikan C. Betul D. Baca petikan dan jawab soalan yang berikut.Tatabahasa03.05.2014
●6 ●31 ●36 Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. Pembantu rumah itu mengemas rumah ____________majikannya ke tempat kerja. A)setelah B)sampai C)kerana D)sementara Apakah jawapan untuk soalan di atas? Boleh tuan/puan menjelaskan semua empat pilihan untuk soalan ini ? Terima kasih.

Ayat yang bersesuaian ialah “Pembantu rumah itu mengemas rumah setelah majikannya ke tempat kerja.”

Kata “setelah”, “kerana” dan “sementara” merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Kata “sampai” merupakan kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu dan tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 253 dan 421 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1949.

Lain-lain26.01.2024
Sepuluh ___________ rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi. Lengkapkan ayat yang berikut dengan jawapan yang paling sesuai. A) baris B)keping C)pintu D)biji Apakah jawapan betul untuk soalan ini? Bolehkah tuan/puan menjelaskan jawapan dan soalan ini? Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 323, “buah” merupakan penjodoh bilangan untuk benda yang bermacam-macam bentuk dan jenisnya. Penjodoh bilangan yang betul untuk "rumah" ialah “buah”. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Sepuluh buah rumah kedai di Shah Alam musnah akibat gempa bumi awal pagi tadi.”

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 106 – 107.

Tatabahasa25.01.2024
Salam. Saya mengambil soalan ini dari ujian bulanan (Mac) anak saya yang berada di tahun 2. Lengkapkan perenggan di bawah ini dengan nilai murni yang sesuai. gotong-royong membantu bersungguh-sungguh bekerjasama membersihkan Sempena Minggu Alam Sekitar, Sekolah Kebangsaan Bandar Utama telah mengadakan aktiviti 1.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka 2.__ kantin, dewan, koridor......Semua murid 3.__ membersihkan kawasan sekolah. Mereka saling 4.__ dan bekerja dengan 5.__. Menjelang tengah hari aktiviti gotong-royong ini tamat. Jawapan yang diberi: 1) gotong-royong 2) membersihkan 3) bekerjasama 4) membantu 5) bersungguh-sungguh Pertanyaan saya: Sekiranya ramai murid yang menjawab 3) membantu 4) bekerjasama..... bolehkah dikira betul?

Jawapan 3) membantu 4) bekerjasama adalah betul penggunaanya tetapi jawapan yang lebih tepat ialah jawapan yang diberikan oleh pihak sekolah.  

Tatabahasa13.04.2010
Pilihan perkataan yang mana lebih tepat untuk ayat-ayat berikut? 1. Daftar sekarang untuk nikmati / menikmati kadar rendah 2. Ikuti arahan di skrin untuk lengkapkan / melengkapkan permohonan 3. Klik sini untuk ketahui / mengetahui cara yang lebih tepat.

Ayat yang betul dan sesuai digunakan adalah seperti yang berikut:

1. Daftar sekarang untuk menikmati kadar yang rendah.
2. Ikuti arahan di skrin untuk melengkapkan permohonan.
3. Klik di sini untuk mengetahui cara yang lebih tepat.

Tatabahasa06.09.2024
Utk mohon permit bannerUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman www.dbpsahbahasa.my. Sila lengkapkan daftar akaun pelanggan dan klik daftar iklan.Lain-lain03.10.2017
Bolehkah perkataan ini digunakan, 'melengkapisikan' (lengkap + isi) ?Kata 'melengkapisikan' tidak boleh digunakan. Sekiranya arahan yang bermaksud meminta pemohon melengkapkan maklumat dalam borang yang diberikan, cukup sekadar menyatakan 'Sila lengkapkan maklumat atau isikan maklumat yang berkenaan'.Ejaan28.04.2008
adakah logo seperti ini boleh digunakan sebagai papan iklan ?Sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila layari laman web berkenaan dan lengkapkan daftar akaun pelanggan dan pilih daftar iklan.Lain-lain26.09.2017
123

Kembali ke atas