| Pohon hantar senarai istilah dan daftar ejaan baru seperti alamat yang diberikan . tadika k-Intelek, 43 Lengkok Meru Permai 1, Meru Raya .30020 Ipoh Perak Malaysia. lengkok | Tiada terbitan khusus tentang istilah dan kata baharu, kecuali menyemak kamus atau buku istilah. Tuan juga boleh menyemak atau membuat carian kata dan istilah melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.04.2015 |
| Salam. Terdapat beberapa jenis laluan kereta seperti jalan, lebuh, persiaran, lorong, lebuh raya, cangkat, liku, laluan, dsb. Apakah perbezaannya, dan bilakah masa yang sesuai untuk digunakan, kerana saya lihat beberapa percanggahan dalam penggunaannya di Malaysia. Ada juga beberapa istilah yang saya jumpa sekitar Pulau Pinang seperti gat, lengkok, solok, dan lintang, namun saya tak dapat jumpa takrifannya yang berkenaan di dalam KDP. Dan apakah terjemahan masing-masing dalam bahasa Inggeris? Terima kasih. | Salam sejahtera, Jalan, lebuh raya, lorong, cangkat, laluan dan sebagainya itu mempunyai beberapa perbezaan terutamanya daripada segi saiz, kedudukan, struktur dan fungsi. Sebagai contoh, lebuh raya merujuk kepada jalan yang lebih besar, mempunyai struktur yang lebih canggih, biasanya terdiri daripada lebih daripada satu lorong dan direka untuk membolehkan perjalanan yang lebih jauh, manakala lorong pula ialah jalan atau laluan kecil yang biasanya terdapat di antara rumah-rumah, bangunan-bangunan dan sebagainya. Kata gat, lengkok, solok dan lintang didapati ada digunakan dalam penamaan sesetengah nama jalan. Pemberian nama jalan tersebut berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bentuk dan kedudukan jalan tersebut. Kajian lanjut perlu dilakukan untuk menentukan kesahihannya. | Makna | 28.11.2025 |
| Soalan 1 Jata Negara (dilengkongi/dilengkungi) oleh dua karangan padi. Soalan saya: Apakah jawapan yang betul?saya keliru dengan maksud dilengkongi dengan dilengkungi. soalan 2 Warna kuning warna diraja. Soalan saya: Adakah perkataan diraja perlu guna huruf besar untuk huruf pertama? Iaitu menjadi Diraja | 1. Maksud "LENGKUNG" ialah lengkok, kelok, (Kamus Dewan Edisi Keempat). Dilengkungi ialah dilengkok atau dikelok. Tiada istilah "dilengkongi". 2. ejaan yang betul "Diraja" bagi yang bersifat umum ialah "Warna kuning warna diraja". Contoh lain yang bersifat umum ialah "keluarga diraja, peralatan kebesaran diraja dan hormat diraja". Tetapi, bagi yang bersifat khusus, ejaannya ialah "Diraja" seperti "Polis Diraja Malaysia", "Profesor Diraja", dan lain-lain. | Tatabahasa | 19.10.2014 |