Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lén.to/] | لينتوق

Definisi : (léntok); melentok, terlentok ter­kulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb): api di hujung jamungnya juga melentok-lentok macam telinga arnab kegelian; Ahmad yg duduk terlentok di atas bangku mengeluh; melentokkan membongkokkan atau meng­elokkan (badan dll), menjadikan terkulai: Madhubala ~ kepalanya utk melepaskan rambutnya; melentok-lentokkan melentokkan bebe­rapa atau berulang kali: dia bersuara semula sambil ~ kepalanya; lentokan gerakan (hasil) melentok: dia mengajak kawannya meninggalkan kawasan perkuburan itu dgn isyarat ~ kepala; hatinya terpesona dgn ~ pohon-pohon padi yg kuning keemasan disinari mentari petang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lén.to/] | لينتوق

Definisi : /léntok/; melentok menghala ke sisi (ke bawah dsb) kerana lembut atau lemah (ttg kepala dsb): Kepala anak kecil itu ~ ke bahu ibunya. melentokkan menghalakan sesuatu ke sisi (ke bawah dsb); menjadikan melentok. terlentok dlm keadaan melentok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lentok
Kata Terbitan : melentok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud lentok, lentik, pacak, dan cacak

Lentok: terkulai (ke bawah atau ke sisi), terkelepai (ke bawah), miring (kerana lemah dsb)

Lentik: melengkung ke atas atau ke belakang (bulu mata dll): wajahnya yg bujur sirih itu dihiasi alis yg melentik wilis; 2. lekuk ke atas pd hujungnya (haluan perahu dll);

Pacak: sesuatu yg panjang dan runcing, cucuk (ikan yg hendak dipanggang, sate, dll); 2. kayu (tongkat dll) yg tirus hujungnya, pancang; pak ~ orang yg tidak penting peranannya (watak tambahan dlm lakonan pentas dll);

Cacak: tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Makna17.04.2009
Assalamualaikum Tuan. Mohon pencerahan, manakah tepat penggunaannya: 1) Meliuk lentuk 2) meliuk lintuk 3) meliuk lentok 4) meliuk lintok Sekian, terima kasih atas perhatian tuan.Ejaan yang betul ialah meliuk lentokEjaan07.10.2013

Kembali ke atas