menyalahkan kuasa betulkah? boleh bag sikit pengetahuan tentang penggunaan men-...-kan dan lepas tu apa-apa yang kena ikuti di belakang? | Pada dasarnya kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-..-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. Ayat tarnsitif aktif dengan kata kerja berapitan men-...-kan terdiri daripada dua jenis iaitu yangmenerima satu objek dan yang menerima dua objek. Pada kelazimannya juga apitan meN...kan menunjukkan objek yang mengikutinya bergerak, contohnya; Ayah menaikkan tangga (tangga - objek bergerak). Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
1. Respon kepada soalan saya yang lepas iaitu jika 'ya' merupakan kata pembenar, apakah bentuk kata terbitan 'ya' sekiranya digabungkan dengan imbuhan apaitan 'meN-...-kan'. Adakah 'mengeyakan', 'mengyakan' atau 'mengiakan'.( dengan membawa maksud bersetuju dengan pendapat orang lain) 2. "Saya" merupakan bentuk kata ganti nama diri orang pertama. Bagaimana pula dengan 'adik saya', 'abang saya' dan 'ibu saya'?. 3. Apakah bentuk ayat pasif bagi ayat aktif di bawah? i) Ibu saya menanam sayur di belakang rumah. | 1. Kata terbitan daripada perkataan ya ialah mengeyakan, jika perkataan ia menerbitkan perkataan beria-ia barulah menghasilkan perkataan mengiakan. 2. Saya ialah kata ganti nama diri pertama, manakala abang saya dan adik saya ialah frasa (bukan kata ganti nama diri). 3. Sayur ditanam ibu di belakang rumah. | Tatabahasa | 03.03.2012 |
jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
Soalan yang lepas: Apakah bezanya antara mengeyakan dan mengiyakan? Bagaimanakah kita menggunakan perkataan di atas? Jawapan yang diberikan oleh pihak tuan: Jika dilihat dari sudut makna, kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun, jika dilihat dari sudut fungsi kata, kedua-dua kata ini terdapat sedikit perbezaan. Kata mengiakan berfungsi sebagai perkara atau keterangan yang dipersetujui. Manakala, mengeyakan pula, berfungsi apabila seseorang itu diminta menyatakan atau mengatakan sesuatu perkara yang perlu dipersetujui. Soalan baharu saya: Sila berikan contoh-contoh yang jelas bagi perkataan "mengiakan" dan "mengeyakan" berdasarkan jawapan yang diberikan oleh pihak tuan seperti di atas. Contoh-contoh yang jelas amat penting untuk membantu para murid dan pelajar. Terima kasih. | Kata terbitan mengeyakan dan mengiakan membawa maksud yang sama, iaitu membenarkan. Perbezaan adalah daripada binaan kata yang berbeza, iaitu mengeyakan daripada kata "ya" menerima apitan menge-...-kan, manakala mengiakan daripada kata "ia" (makna kedua) menerima apitan meng-...-kan. Berdasarkan data korpus penggunaan kata mengiakan jauh lebih banyak daripada mengeyakan. | Tatabahasa | 11.06.2015 |
1.Adik sangat sukakan kucing itu.(Adakah ayat itu salah_) 2.Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah.(Adakah ayat itu salah) 3.Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas.(Apkah kesalahannya) 4. Apakah perbezaan "mengajarkan" dan ' mengajar" 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim.(Apakah kesalahannya) 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar.(apakah kesalahannya) 7. Dia menyayangi anaknya.(adakah ayat itu salah) 8. Apakah perbezaan "merindui" dan merindukan Ribuan terima kasih. | 1. Adik sangat sukakan kucing itu. - salah, imbuhan kan di situ untuk ayat perintah seperti bukakan pintu itu. 2. Orang Jepun suka makan makanan yang masih mentah. - betul, suka dalam ayat ini berfungsi sebaai kata bantu. 3. Saya jarang datang ke rumahnya sejak dia mendirikan rumah tangga dua bulan lepas. - salah, perkatan jarang bermaksud tidak kedap tenunannya. 4. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu kepada seseorang; ia menajarkan cara-cara mengendalikan mesin tersebut, manakala "mengajar" bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dsb) kpd orang lain. 5. Budak itu menangis kerana mahukan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim. - tidak salah. 6. Berita itu telah termuat dalam surat khabar. - tidak salah 7. Dia menyayangi anaknya. - tidak salah. 8. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu. | Tatabahasa | 07.10.2009 |
assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah mengenai harga dan saiz. seperti mana yang diketahui karangkraf telah memberikan hakmilik dewan kosmik kepada pihak dbp semula.harga yang ditetapkan pihak dbp terlalu mahal. mmg lah ilmu itu penting. namun rm 6 dengan harga rm4.80(harga lama) mcm x munasabah. selain itu, jika dibandingkan kosmik lama dan baru, kosmik baru lebih pendek. dan pengisian agak kurang berbanding yg lepas. di harap pihak dbp dapat mempertimbangkan apa yang saya komenkan ini.terima kasih | Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum. | Lain-lain | 15.01.2008 |
Bahasa perbualan di bawah tidak baku. Minta tolong jadikan ia dalam bahasa melayu baku. A: Nama saja Kamal. Asal Kampung Durian. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. B: Kenapa seronok ? A: Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. B: Apa peranan you bila cikgu gunakan smartbord? A: Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. B: Oo...Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. A: Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. B: Kekurangan? A: Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. B: Oh... perlu lebih masa la. A: Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. Terima kasih kerana sudi membantu. | Untuk makluman saudara, soalan ini telah banyak kami terima, sila tukarkan ke bahasa Melayu baku dan kami akan menyemak salinan tersebut seperti yang telah dilakukan dalam soalan sebelum ini. Jika soalan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan kerajaan sila rujuk pihak Lembaga Peperiksaan/pembekal kertas soalan untuk mendapatkan jawapan yang telah diperakui. | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih. | Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah “bilik darjah”. Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Ayat 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah) hadir langsung lepas KKT berakhiran “i” dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul. Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan" objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
| Tatabahasa | 21.02.2018 |
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Assalamualaikum wbt tuan.. saya pelajar PhD dari UKM, bidang sumber dan teknologi. sekarang saya sedang membuat pembetulan untuk viva. saya ingin bertanyakan soalan mengenai pengubahsuaian perkataan bagi Personalized Learning, sekiranya ditukar kepada bahasa melayu..boleh kah dijadikan Pembelajaran yang diPeribadikan? Dan pada awal tahun 2013, saya telah menggunakan singkatan Pembelajaran yang diPeribadikan dengan PdP.Namun pada tahun lepas...pertukaran PdP ini adalah istilah bagi pengajaran dan pembelajaran..bukan lagi P&P.. Jadi saya mohon untuk pihak tuan membuat semakan bagi (1)- Personalized Learning - Pembelajaran yang diPeribadikan (atau penggunaan ini boleh ditukarkan bahasa atau saya perlu italic kan sahaja dalam tesis sy) (2)- Singkatan yang sesuai untuk Pembelajaran yang diPeribadikan - yang lama saya guna PdP (3)- Adakah P&P sudah tidak boleh digunakan lagi dalam penulisan tesis? Maklum balas dan bantuan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasih | Untuk makluman, dalam bidang Pendidikan terdapat istilah "personalized teaching" yang padanan bahasa Melayunya ialah pengajaran diperibadikan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "personalized learning" ialah pembelajaran diperibadikan. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data istilah DBP. | Istilah | 01.02.2016 |