Apakah terjemahan bagi perkataan-perkataan berikut? Gay, lesbian, bisexual, non-binary, queer, genderqueer, intersex, transgender, cisgender, gender, sex | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gay ialah homoseks, lesbian ialah lesbian, bisexual ialah dwiseksual, non-binary ialah bukan binari, queer ialah kuira, genderqueer ialah genderkuira, intersex ialah interseks, transgender ialah transjantina, cisgender ialah cisgender, gender ialah jantina atau gender, dan sex ialah jantina. Padanan kesemua istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.02.2024 |
Assalamualaikum. Apakah istilah melayu bagi menggantikan perkataan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT)? Adakah bahasa Melayu turut akan meminjam istilah ini daripada bahasa Inggeris? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah lesbian, gay, bisexual dan transgender ialah lesbian, gay, dwiseksual dan transjantina. | Istilah | 01.08.2022 |
APAKAH PENGERTIAN LESBIAN,GAY,TOMBOY DAN PONDAN DARI SUDUT BAHASA GENDER. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lesbian ialah perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. Gay ialah lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, lelaki homoseksual. Merujuk istilah, tomboy ialah ala lelaki. Pondan pula ialah laki-laki yg lebih bersifat keperempuanan, banci, kedi. Untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 26.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan maksud "Key Population" dalam Bahasa Melayu. Key population biasanya merujuk kepada masyarakat terpinggir, dalam konteks penyelidikan yang sedang saya lakukan "Key population" merujuk kepada komuniti "Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender". Mohon maklumbalas segera dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Cadangan padanan perkataan "key population" ialah masyarakat berisiko tinggi. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung pada konteks ayat. | Istilah | 17.01.2020 |