| mana yg betul? Pengisytiharan atau perisytiharan Imbuhan yg betul perlu diguna utk perkataan yg bermula dgn huruf L cth: Lanjut- Perlanjutan atau Pelanjutan? Saya hanya pasti untuk Pelesenan (lesen). Tetapi tdk pasti utk kata nama perbuatan | Kata terbitan perisytiharan dan pengisytiharan kedua-duanya betul. Perisytiharan bermaksud pengumuman, pemakluman, pernyataan, pemasyhuran, contohnya: Mereka datang ke Kuala Lumpur hendak menyaksikan hari perisytiharan kemerdekaan. Manakala pengisytiharan bermaksud perbuatan mengisytiharkan sesuatu, atau disebut juga pengumuman, pemakluman. Begitu juga dengan perlanjutan dan pelanjutan, kedua-duanya betul. Perkataan yang kata akarnya bermula dengan huruf L tidak mengalami peluluhan apabila menerima imbuhan/apitan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
| untuk nama bahagian yang menguruskan lesen, adakah PERLESENAN Aatau PELESENAN BAHAGIAN PELESENAN DAN INSPEKTORAT atau BAHAGIAN PERLESENAN DAN INSPEKTORAT | Penggunaan yang betul ialah Bahagian Pelesenan dan Inspektorat. Pelesenan merujuk kepada hal, proses atau urusan memberi atau mengeluarkan lesen. PeN-...-an menjadi pe-...-an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y, dan w. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 13 - 12 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 122. | Ejaan | 19.12.2025 |