Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"? | Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. | Istilah | 06.09.2012 |
tempat meletak kereta / tempat letak kereta? | Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
Adakah perkataan di papan tanda berikut tepat? LETAK SIKAL AWAM | Perkataan yang boleh digunakan ialah "TEMPAT LETAK BASIKAL AWAM" atau "TEMPAT LETAK MOTOSIKAL AWAM". | Lain-lain | 06.06.2024 |
bolehkah letak perkataan “dengan” di hadapan ayat | Perkataan "dengan" boleh diletakkan di hadapan dalam ayat songsang. Contohnya, "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." | Lain-lain | 28.08.2022 |
Kita hendak letak ayat english di signboard, kita akan besarkan perkataan "PEJABAT URUSAN" supaya bahasa melayu besar daripada bahasa english, cara ini boleh dijalankan ke? Sebab kita nak apply MBSP lesen | 1. Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun (rujuk Panduan Pelanggan) dan aktifkan akaun. Log masuk setelah akaun diaktifkan. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan, Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses dalam tempoh tiga hari bekerja. Jika terdapat teks bahasa Inggeris yang tidak berdaftar, teks tersebut perlu diterjemah. Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi 0321479100 atau 0321479200
| Lain-lain | 22.07.2024 |
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQ | Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. | Istilah | 04.09.2012 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih. | Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut: I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS IMAM BILAL NAZIR
| Lain-lain | 25.10.2016 |
Yang mana lebih gramatis? 1. Jangan letak kaki di atas meja. 2. Jangan letak kaki pada meja. | 2. di atas meja. | Tatabahasa | 06.08.2014 |