Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk. 1) Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jwp: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jawapan yang mana betul. Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Tukarkan ayat tunggal kepada ayat majmuk dengan kata hubung yang diberi. 1)Letakkan komputer riba di atas meja. (atau) Letakkan komputer riba di tempat yang selamat. Jawapan: A) Letakkan komputer riba di atas meja atau di tempat yang selamat. B) Letakkan komputer riba di atas meja atau tempat yang selamat. Jwp yang mana satu betul?Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan tetapi yang gramatis ialah (A) | Tatabahasa | 09.11.2011 |
Memasak. ' Letakkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, atau 'masukkan' sedikit garam dalam campuran bahan ini, yanag mana betul. | Yang betul ialah 'Masukkan sedikit garam'. | Tatabahasa | 20.12.2007 |
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam. | 1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua". 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Betul ataupun tidak ayat ini? "Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun. | "Sila letakkan noktah di belakang ayat kamu," pesan Puan Zainun. - Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Adakah ayat ini betul strukturnya: Sila letakkan semula selepas digunakan. Terima kasih | Ayat ini betul strukturnya. Sila letakkan semula selepas digunakan. Terima kasih | Tatabahasa | 13.06.2014 |
"Kini baru saya tahu bahawa hikayat tersebut ialah ..." Perlukah saya letakkan tanda koma (,) selepas perkataan "kini" atau Perlukah saya letakkan tanda koma (') selepas perkataan "bahawa" | Tidak perlu tambah tanda koma selepas kata kini. Ayat contoh yang diberikan "Kini baru saya tahu bahawa hikayat tersebut ialah ..." adalah betul. | Tatabahasa | 25.10.2022 |
Assalamualaikum. Format surat rasmi pada masa kini perlukan nombor tak untuk isi kedua, ketiga dan seterusnya. Saya lihat ada yang letakkan nombor dan ada yang tidak letakkan | Format surat rasmi lazimnya dinombori bagi memudahkan rujukan setiap perenggan. | Lain-lain | 01.06.2009 |
Permohonan pengesahan visual papan iklan oleh pihak DBP | Sekiranya papan iklan ini ialah papan tanda premis, sila letakkan teks PEJABAT URUSAN di bahagian penjuru atas sebelah kiri papan iklan. Mohon besarkan saiz teks tersebut dan pastikan warnanya jelas dan terang. Sila betulkan ejaan TEL.: dan FAKS: serta letakkan tanda titik bagi perkataan SDN. BHD. Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan perlulah dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun dan aktifkan akaun (rujuk Panduan Pendaftaran). Setelah mengaktifkan akaun, sila log masuk dan pilih permohonan Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan pada borang yang dipaparkan (rujuk Panduan Pelanggan). Muat naik visual iklan dan tekan Simpan. Buat bayaran setelah permohonan berjaya didaftarkan. Iklan akan diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah bayaran dibuat. Sila pastikan visual yang dilampirkan terang dan jelas supaya mudah disemak | Lain-lain | 15.12.2021 |
Di manakah saya letakkan jam tangan saya tadi? Apakah fungsi ayat di atas jika diberikan konteksnya? i. Fungsi pertama dalam konteks biasa. ii. Fungsi kedua dalam konteks kesantunan. | Konteks bermaksud bahagian ayat yang menentukan atau menunjukkan erti ungkapan yang terkandung di dalamnya. Ayat tersebut Berfungsi sebagai ayat tanya. Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas dengan penggunaan kata tanya dan tanda baca. Ayat tanya boleh digunakan dalam pelbagai konteks asalkan fungsinya adalah untuk menanyakan soalan. | Tatabahasa | 18.04.2013 |