Kenapa ayat di bawah salah: 1-Sejak dari kecil dia sering demam 2-Budak itu bukan nakal sangat 3- Bangunan lama itu masih kukuh hingga ke hari ini | Kedua-dua contoh ayat yang diberi mengandungi unsur lewah. Lewah bermaksud berlebihan atau tidak diperlukan kerana yang ada sudah melengkapkan ayat. Untuk tujuan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan Lembaga Peperiksaan. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
Assalamualaikum! Apakah maksud lewah? | Lewah bermaksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dan sebagainya yang tidak perlu seperti perkataan yang digunakan dalam ayat. | Makna | 31.05.2012 |
tolong jelaskan istilah lewah dalam bahasa melayu | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, lewah ialah hal, dsb yg tidak perlu (mis perkataan yg digunakan dlm ayat): penggunaan kata yg ~ dlm pembinaan ayat perlu dielakkan. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 09.08.2009 |
Selepas perkataan "bertujuan" memang tidak perlu letak perkataan "untuk" tapi jika kita masih menggunakan kedua-dua perkataan tersebut dalam satu ayat, betul? Contohnya: Lawatan tersebut "bertujuan untuk" menimba ilmu pengetahuan para pelajar. Betul ? Hal ini demikian kerana dalam Kertas Soalan BM Peperiksaan Menengah Rendah menggunakan perkataan "bertujuan untuk" dalam soalannya tapi tidak dianggap salah. | Bentuk "bertujuan untuk" dianggap lewah. Lewah bukanlah suatu kesalahan bahkan merupakan suatu pilihan. | Tatabahasa | 03.11.2008 |
Adakah penggunaan ungkapan “lirik lagu” dianggap lewah? Terima kasih. | Bukan lewah. | Lain-lain | 10.11.2009 |
Adakah ayat ini lewah? Pada 2hb Oktober 2008.. haribulan yang ditulis hb. | Ayat ini tidak lewah dan jika diringkaskan haribulan ditulis hb. | Tatabahasa | 29.09.2008 |
Adakah penggunaan frasa "sejak dari" sesuatu yang lewah? Maksudnya kita hanya perlu menggunakan sama ada "sejak" atau "dari" dan bukannya kedua-dua sekali. | Sejak bermaksud mulai atau dari. Penggunaan kedua-dua kata secara berurutan mengandungi unsur lewah, iaitu berlebihan atau tidak diperlukan kerana penggunaan salah satu daripada kata tersebut telah melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 16.11.2011 |
Adakah ayat di bawah ini gramatis?Adakah perkataan "yang" boleh digugurkan kerana ia lewah? "Sejak kematian bapanya, Abu yang menyekolahkan adiknya." | Ayat tersebut betul dan penggunaan perkataan 'yang' tidak dianggap lewah. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
Mengapa unsur lewah dalam bahasa Melayu dianggap satu kesalahan tatabahasa sedangkan kelewahan tertentu amat diperlukan dalam konteks penggunaan ayat. Contohnya: 1. berjalan kaki 2. naik ke atas 3. meningkat naik 4. melambung tinggi 5. jatuh ke bawah 6. kawad kaki | Lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
saya memohon jasa baik pihak tuan untuk mengenal pasti ayat di bawah ini jika mengandungi unsur lewah. "......terlibat dalam pembangunan portal ini kerana telah berjaya menyediakan satu ruang maklumat......" pada apa yang saya lihat, penggunaan "kerana telah" terdapat unsur lewah. mungkin ilmu saya terlalu cetek, mohon pihak tuan beri tunjuk ajar kepada saya. saya dahului dengan ucapan terima kasih. | Perkataan telah dalam ayat tersebut boleh dibuang tanpa menjejaskan makna ayat, walau bagaimanpun jika dikekalkan tidaklah menjadi suatu kesalahan. Lazimnya pengguna kini lebih suka kepada ayat yang ringkas. | Tatabahasa | 29.06.2012 |