Yang mana betul: a) Larian kamu seperti kuda liar." Seorang daripada mereka berseloroh. b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh. | b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Ayat-ayat yang berikut salah penggunaan kata. Apakah kata yang betul untuk menggantikan perkataan yang berhuruf besar? 1) Sikapnya yang LUMPUH menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah berperangai LIAR. 3) Pemandu yang LIAR akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang AGRESIF dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang BOCOR menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya yang BOCOR kerana disambar api. 8) Saya KURANG hati dengan sikapnya yang suka berbohong. | 1) Sikapnya yang berlengah menyebabkan banyak kerja tertangguh. 2) Remaja sekarang sudah bebas. 3) Pemandu yang cuai akan dikenakan tindakan undang-undang. 4) Sikapnya yang macam LAGU itu telah difahami oleh semua orang. 5) Sikap majikan yang tidak berperikemanusiaan dibenci oleh ramai pekerjanya. 6) Mulutnya yang becok menyebabkan rahsia rakannya terbongkar. 7) Kainnya koyak kerana disambar api. 8) Saya tidak suka dengan sikapnya yang suka berbohong. Untuk makluman puan, tugasan sekolah tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Pada masa yang akan datang, sila rujuk Kamus Dewan dan buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Dia kehairanan melihatkan telatah pemuda yang bertindak liar ke atas perempuan tua itu. munsyi, ke atas boleh diterima dalam ayat ini? TK | Ayat yang betul ialah: Dia kehairanan melihat telatah pemuda yang bertindak liar terhadap perempuan tua itu. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Salam sejahtera! Manakah jawapan yang paling tepat bagi soalan di bawah? ___________ gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung. A) segerombolan B) sekawan merujuk kepada JU BM, jawapannya segerombolan. sekian, terima kasih. | Jawapan yang betul ialah sekawan. (Sekawan gajah liar telah memusnahkan kebun tebu di kampung.) | Tatabahasa | 14.08.2012 |
apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |
maafkan saya, saya masih tidak faham tentang cara mengeja mengikut suku kata bg perkataan spt daun,dua,liar yg telah diterangkan.adakah kita sebut da=da, un=un(menjadi dua suku kata).apa yg saya nak tahu ialah mengeja perkataan mengikut suku kata.adakah perkataan daun dieja dua suku kata(da + un=daun) atau satu suku kata(daun=daun,maksudnya sekali eja shj.)tkasih atas bantuan anda. | Memenggal perkataan tersebut mengikut sebutan adalah seperti yang berikut: (daun), (dua) dan (liar), iaitu memenggal kata tersebut sepertimana kita menyebutnya. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Kawasan perkampungan itu ___ akibat ancaman gajah liar. Apakah perkataan yang paling sesuai ? | Sila nyatakan pilihan jawapan yang ada dan kami akan mengenal pasti jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Jelaskan perbezaan imbuhan per- bagi perkataan perburu dan imbuhan pem- bagi perkataan pemburu. | Berburu ialah orang yang mengejar untuk menangkap (membunuh) binatang liar, manakala pemburu ialah orang yang mengejar atau menyusul untuk menangkap sesuatu sama ada orang, binatang, dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.10.2009 |
Apakah maksud Jalang di dalam penggunaan Bahasa Melayu. Adakah maksudnye lebih dari satu? | Jalang bermakna (i) tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap; liar. (ii) tumbuhan (herba), rumput tahi ayam, tahi anjing. | Makna | 09.07.2008 |
saya nak tanya tentang cara mengeja,saya tak tahu di mana tempat yang sesuai untuk saya bertanya.jadi saya cuba tanya di ruangan ini shj. saya nak dan rakan-rakan keliru bagaimana hendak mengeja perkataan seperti daun,dua,liar dsb.ada yang kata (eja dua suku kata)da un=daun, ada yg kata(eja terus jadi 1 suku kata) daun=daun.jika anda boleh bantu,tolong jelaskan mana yang betul.tkasih | Soalan yang dikemukakan tidak jelas, sama ada merujuk kepada pemisahan suku kata atau sebutan. Untuk makluman pemisahan suku kata dan sebutan bagi perkataan yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: Perkataan Pemisahan Suku Kata Sebutan daun da-un (KV-KV) daun dua du-a (KV-V) dua liar li-ar (KV-VK) liar | Ejaan | 05.08.2011 |