1)Budak perempuan yang liat hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya.2)Encik Ali menyedarkan pekerja-pekerja supaya mendukung tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.3)Latif memberitahu saya bahawa dia benar berkeras dengan keputusan yang telah dibuat.TOLONG BETULKAN AYAT-AYAT TERSEBUT.TERIMA KASIH. | Ayat yang betul ialah: 1. Budak perempuan yang keras hati itu tidak mahu mengalah dengan adiknya. 2. Encik Ali menyedarkan pekerjanya supaya melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. 3. Latif memberitahu saya bahawa dia berkeras dengan keputusan yang telah dibuat. | Tatabahasa | 29.08.2012 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi "writing tablet"? Mungkin benda ini diperbuat daripada tanah liat atau kayu. Bolehkah menggunakan "batu tulis" walaupun merujuk kepada bahan yang diperbuat daripada kayu? Ini terdapat dalam tulisan purba. Terima kasih atas panduan. | Padanan "Writing tablet" tidak ada dalam pangkalan data kami. Berdasarkan maklumat yang saudara berikan "writing tablet" ini hampir sama dengan Batu Bersurat Terengganu yang mempunyai ukiran/tulisan padanya yang membuktikan sejarah kedatangan Islam ke Terengganu pada zaman dahulu. Oleh itu, kami mencadangkan padanan "writing tablet" dalam bahasa Melayu ialah kayu bersurat atau tanah bersurat, rujuk kepada jenis material tersebut sama ada kayu atau tanah. | Istilah | 20.06.2011 |
Tolong jelaskan maksud ayat: "Saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca." | Ayat tersebut membawa maksud, cadangan menyuruh masyarakat Malaysia membaca merupakan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan kerana anggapan bahawa masyarakat di Malaysia kurang/jarang membaca.
| Makna | 04.11.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor 3.Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor 4.Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane 5.Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader 6.Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader 7.Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Tilt in Space Wheelchair - Kerusi Roda Ruang Boleh Condong 2. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Pipe Reclaim Conveyor - Konveyor Pulih Guna Paip Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 3. Clay Mining Bulk Handling Flexible Belt Tube Conveyor - Konveyor Tiub Sawat Boleh Lentur Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 4. Clay Mining Bulk Handling Gantry Crane - Kren Gantri Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 5. Clay Mining Bulk Handling Grab Barge Unloader - Pemunggah Barj Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 6. Clay Mining Bulk Handling Grab Ship Unloader - Pemunggah Kapal Cekam Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 7. Clay Mining Bulk Handling Grizzly Feeder - Penyuap Grizli Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat
| Istilah | 09.05.2016 |
Salam sejahtera, Tuan, Manakah jawaban yang tepat bagi soalan yang berikut: Ubi yang direbus oleh Mak Cik Leha sudah empuk. Pilih Perkataan berlawan bagi empuk. A keras B liat C lembik D mengkal Sekian terima kasih. | Perkataan "empuk" berlawanan dengan "keras". | Tatabahasa | 30.08.2013 |
Pengertian/Definasi Ulit Mayang dari segi bahasa. | Makna bagi perkataan ulit dari segi bahasa ialah bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk menidurkan anak. Makna lain bagi perkataan ini ialah tidak mudah (membayar hutang dll), liat. Maksud bagi perkataan mayang pula ialah bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Makna | 12.09.2007 |
Salam sejahtera tuan/puan. Sukacita sekiranya pihak tuan/puan dapat memberikan terjemahan bagi istilah berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: 1. Cadaver Scissor Lift Trolley – Troli Angkat Mayat 2. Clay Mining Bulk Handling Apron Feeder – Penyuap Apron Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 3. Clay Mining Bulk Handling Bucket Wheel Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Roda Timba Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 4. Clay Mining Bulk Handling Circular Stacker Reclaimer – Pemulih Guna Tindan Bulat Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat 5.Clay Mining Bulk Handling Chute Linings & Covers – Penutup dan Pelapik Pelongsor Kendalian Pukal Pelombongan Tanah Liat | Istilah | 04.05.2016 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk frasa ini "from gellan gum incorporated clay" | Terjemahan yang sesuai untuk "from gellan gum incorporated clay" ialah daripada gam gelan yang disebatikan dengan tanah liat. | Makna | 05.05.2019 |
apakah makna konglomerat? | Merujuk Kamus DEwan Edisi Keempat, konglomerat bermakna firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. 2.batu ~ (Geo) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 15.10.2008 |
apakah yang di maksudkan dengan 'konglomerate'? | Maklumat yang dipohon tiada dalam simpanan kami, namun demikian, bagi membantu saudara, ejaan yang pihak kami peroleh ialah "konglomerat". Menurut Kamus Dewan, Konglomerat mempunyai beberapa takrifan. takrifan pertama (1) batu yg terdiri drpd pecahan batu atau kerikil yg bergumpalan dgn pasir dan tanah liat; 2. (Eko) firma perniagaan yg besar yg terdiri drpd gabungan beberapa syarikat dgn tujuan utk meningkatkan kecekapan melalui fungsi pemasaran, agihan, dan pembelian. Mohon agar saudara dapat memberi maklumat lanjut berkaitan bahan carian agar pihak kami dapat membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Makna | 02.01.2008 |