Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.bas] | ليبس

Definisi : ; melibas 1. menyebat (dgn rotan dll), melebas; 2. menipu, memperdayakan; melibaskan menggerakkan (sesuatu) dgn cara melibas (menyebat): yg muncul hanya seekor ikan besar yg ~ ekornya, kemudian menghilang; anak muda itu ~ rotan ke arah kaki penyerangnya; libasan hasil melibas (menyebat): dia hampir­-hampir terkena ~ dahan kayu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.bas] | ليبس

Definisi : ; melibas 1 menyebat atau memukul dgn rotan dll: Dia ~ penjahat itu. 2 bergerak ke kiri ke kanan dgn pantas (bkn ekor haiwan). melibaskan 1 menggunakan (rotan dll) utk melibas: Pemuda itu ~ rotan ke arah penyerangnya. 2 menggerakkan (ekor) ke kiri ke kanan dgn pantas: Ikan yg besar itu ~ ekornya. libasan gerakan (ekor dsb) ketika melibas: ~ ekor buaya itu menyebabkan mangsanya jatuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libas
Kata Terbitan : melibas,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Anak kecil itu berlungsur/melungsur dari pangkuan ibunya. 2.Petinju negara mengacah- acah/melibas - libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah.ayat ini betul atau salah. 4.Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu."1.Perkataan yang tepat bagi ayat aktif tak transitif, Anak kecil itu berlungsur dari pangkuan ibunya ialah berlungsur. Ayat tersebut merupakan ayat aktif tak transitif yang tidak diikuti objek sebagai penyambutnya. Ayat ini merupakan ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan menjadi Anak kecil itu berlungsur. 2. Petinju negara mengacah-acah/melibas-libas/mengacu-acu lawannya sebelum melepaskan tumbukan. Ketiga-tiga perkataan tersebut membawa makna yang hampir sama. 3.Sawah padi menjadi kunci bagi negeri kedah. Ayat tersebut tidak lengkap kerana tidak mengandungi objek. Ayat tersebut boleh ditambah 'Sawah padi menjadi kunci pendapatan bagi negeri kedah. 4. Ayat 'Ibu memanggil adik lalu/sambil berkata,"Cucilah kasut sekolah kamu." adalah betul.Tatabahasa04.09.2007
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-)Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. 

Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
Tatabahasa21.07.2013
Boleh saya terjemahkan 'backlash' kepada 'backlash' dalam Bahasa Melayu? Saya telah mendapat khidmat nasihat seorang jurutera yang juga seorang pensyarah di IPT kerana ini adalah satu istilah bidang kejuruteraan. Beberapa terjemahan lain telah diberi oleh pihak lain iaitu 'sebat balik', 'enjatan tak menentu' dan 'bidas ke belakang'. Ini adalah selain terjemahan DBP 'reaksi atau tindak balas yang hebat. Sila nasihatkan saya sama ada terjemahan lain selain dari yang diberi oleh DBP boleh digunakan? Tk.Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah tindak balas atau libas balik mengikut penggunaan dalam konteks masing-masing. Istilah atau padanan bahasa Melayu daripada Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan istilah atau padanan yang baku.  Istilah06.03.2009

Kembali ke atas