Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membungkus, melipat, mem­bebat, membelit; melibati memasuki (sesuatu kegiatan dsb), menyertai: sebenarnya tulisan tentang sastera Islam dlm tahun tujuh puluhan dilibati oleh beberapa orang penulis; melibatkan menyebabkan terlibat (terbabit), memasukkan (ke dlm sesuatu perkara dll), membabitkan: persetujuan yg dimaksudkan oleh Tengku itu ~ masalah politik dan ketenteraan; terlibat 1. terbebat, terbelit, terlipat; 2. termasuk (dlm sesuatu hal), terbabit: kalau perkara itu ada kaitan dgn kampungnya, dirinya turut ~ sama; keterlibatan perihal terlibat: dasar ini merupa­kan suatu gagasan umum mengenai segala aspek ~ belia dlm masyarakat; pelibatan, penglibatan perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibat membelit atau membungkus (dgn sesuatu); membebat: Ular ~ di dahan kayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[li.bat] | ليبت

Definisi : ; melibatkan membawa dll sesuatu atau seseorang ke dlm perkara, urusan lain dsb; membabitkan: Peperangan itu ~ negara-negara di sebelah sini. terlibat termasuk atau terbabit dlm sesuatu hal: Tengku Kudin telah ~ juga dlm peperangan itu. keterlibatan hal terlibat. penglibatan perbuatan atau hal melibatkan diri dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
libat
Kata Terbitan : melibat, melibatkan, terlibat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum WBT / Salam 1Malaysia, Saya telah menggunakan applikasi Google Translate untuk terjemah perkataan Engagement. Jawapan yang diberi adalah LIBAT URUS. Carian di prpm.dbp.gov.my menunjukkan tiada perkataan tersebut. Mohon pandangan pihak tuan, adakah perkataan LIBAT URUS boleh digunakan. Sekian terima kasihPerkataan LIBAT URUS boleh digunakan untuk terjemahan "Engagement".Penyemakan dan penterjemahan08.09.2015
Ahmad Syamir Aug 26th, 10:58am Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Adakah wujud perkataan libat urus (engagement) di dalam Kamus DBP terkini? TKTidak ada perkataan libat urus alam pangkalan data kami. Perkataan engagement boleh diterjemahkan kepada perjanjian atau keterlibatan (selain pertunangan) mengikut konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan26.08.2015
Apakah perkataan Melayu yang paling sesuai untuk kata 'engagement' dan bolehkah berikan contoh-contoh ayatnya?Perkataan yang sesuai bagi terjemahan "engagement" ialah libat urus. Contoh, Sejauh manakah agensi melaksanakan libat urus dengan pihak yang terlibat sebelum pelaksanaan dasar/program?Penyemakan dan penterjemahan08.09.2015
Saya dapati perkataan "libat urus" banyak digunakan sebagai terjemahan perkataan "engagement". Walau bagaimanapun, semakan di laman web PRPM mendapati perkataan tersebut tidak wujud. Namun, perkataan tersebut ada dicadangkan oleh pihak tuan di ruangan Khidmat Nasihat. Mohon pencerahan lanjut. Terima kasih.

Berdasarkan pangkalan data kami, terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Oleh itu, puan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai.

Istilah01.08.2018
Kenapa kata dasar 'libat' menerima imbuhan yang berlainan hukumnya? Contoh: -melibatakan -penglibatan Bagaimana saya dapat jelaskan hukumnya kepada para pelajar?Pelibatan dan penglibatan boleh digunakan.Tatabahasa30.07.2007
4. Mengapakah pusat membeli - belah tidak boleh digunakan LAGI? 5. Jika ditinjau secara mendalam, kata dasar / akar yang bermula dengan huruf L akan mengalami perubahan yang berikut apabila diberi imbuhan yang pe-......-an / pe-........ [a] lari--- pelarian [b] lompat --- pelompat [c] layar --- pelayaran Soalan saya mengapakah 'lihat' dan 'libat' mengalami perubahan yang berikut ? lihat --- penglihatan libat --- penglibatan Adakah kedua- dua diksi di atas salah atau betul ? 6. Apakah perbezaan antara kata yang bercirikan homofon, polisemi, dan homograf ? 7. Dalam frasa " Jika diperhalusi dari perspektif yang bahana" kata diperhalusi serta bahana salah atau betul ? 8. Saya kerap menggunakan satu ungkapan yang berikut dalam karangan saya ketika mencerakinkan isi dalam karangan tentang sikap mementingkan diri sendiri. Ungkapan tersebut ialah ' ala nafsi - nafsi siapa lu siapa gua' aDAKAH UNHKAPAN SAYA YANG INI SALAH ? 9. Bolehkah saudara menyarankan kepada saya beberapa sumber ilmiah untuk mendalami lautan Bahasa Malaysia yang sesuai sebagai pelajar berusia 16 tahun? 10. Saya masih samar - samar tentang BAHASA MALAYSIA atau BAHASA MELAYU?4. Jawapan yang betul ialah pusat beli-belah. Membeli-belah ialah kata kerja. 5. Mengikut tatabahasa, yang betulnya ialah 'pelibatan' dan 'pelihatan', namun disebabkan kecederungan masyarakat menggunakan 'penglibatan' dan 'penglihatan', jadi ia diterima dan tidak menjadi kesalahan. kedua-duanya adalah betul dalam bahasa Melayu. 6. Homofon ialah perkataan yg sama bunyi dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Polisemi pula ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Homograf bermaksud perkataan yg sama ejaannya dgn perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Soalan 7 dan 8 tidak lengkap. 9. Sila rujuk Tatabahasa DEwan untuk keterangan. 10. Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) da keputusan jemaah menteri, istilah bahasa Melayu dikenali sebagai bahasa Malaysia. Terima kasih.Tatabahasa19.04.2008
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih.Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus.Tatabahasa24.07.2015
salam, apakah beza antara "penglahiran" dan "pelahiran". Jika bentuk "penglahiran" tidak wujud mengapa terdapat perkataan "penglibatan" dan pelibatan. Terima kasih.

Saudara Effendy,

Perkataan "pelahiran" bermaksud perihal melahirkan. Dari sudut morfologi atau pembentukan kata, kata lahir mendapat imbuhan meN... dan  peN.... Oleh itu terbentuklah perkataan "pelahiran" dan "melahirkan'. Tidak ada bentuk "penglahiran" dan "menglahirkan". Begitu juga dengan kata libat apabila mendapat imbuhan meN... dan peN... maka terbentuklah perkataan melibatkan dan pelibatan. Walau bagaimanapun, masih ada pengguna yang menggunakan bentuk penglibatan atas alasan kebiasaan.    

Tatabahasa22.10.2010
Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara.Tatabahasa19.03.2014
Salam sejahtera. Saya dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan tajuk program Pelibatan Ibu Bapa dan Sekolah. Adakah maksud atau penggunaan nya berbeza dengan Penglibatan Ibu Bapa dan Sekolah?Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa19.02.2014
12

Kembali ke atas