apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" | Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. | Makna | 03.12.2007 |
Salam sejahtera khairun nisa', Soalan : apakah perbezaan makna bagi perkataan "berasa" dan "merasa" Jawapan : Menurut Kamus Dewan, berasa bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit ; (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka. Manakala merasa pula bermaksud (i) mengalami rasa dengan lidah seperti manis, masin ; (ii) mengalami rasa (sakit dan lain-lain) pada tubuh. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Merujuk kepada jawapan daripada pihak tuan/pn, boleh disimpulkan bahawa maksud perkataan "berasa" dan "merasa" adalah sama. Penggunaan bahasanya juga adalah sama. contohnya, Saya berasa sakit. Saya merasa sakit. Saya berasa gembira. Saya merasa gembira. Adakah kenyataan saya betul? | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan makna (i) dan (iii), manakala merasa pula biasanya dikaitkan dengan makna (i) | Tatabahasa | 06.12.2007 |
bagaimanakah menggunakan istilah 'rasa' dan ' berasa' dengan betul dalam pembinaan ayat? | Mengikut Kamus Dewan, kata “rasa” mempunyai makna (i) perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh, contohnya rasa manis, tawar, masam, masin. Contoh ayat: Rasa badanku seperti dibakar dengan api. Makna (ii) tabiat sesuatu benda yang menimbulkan rasa. Contohnya: gula manis rasanya . Makna (iii) rasa hati keadaan hati terhadap sesuatu: rasa sedih (kecewa, pilu, senang). Makna (iv) anggapan tentang baik buruk (salah benar) pendapat, fikiran: rasa adil dan saksama; pada rasa saya. Kata “berasa” pula bermaksud (i) mendapat rasa (yang dialami oleh bahagian badan) seperti berasa sakit. Contoh ayat: Kakinya berasa sengal. (ii) mempunyai rasa seperti masin dan manis ;Contoh ayat: Kerana banyak sangat garam, masakan itu berasa sangat masin; (iii) mengalami rasa di dalam hati seperti berasa suka, marah, geram. Contoh ayat: orang Melayu lekas berasa tersinggung. | Makna | 14.03.2014 |