Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.di] | ليدي

Definisi : 1. tulang daun kelapa (kabung dll) yg boleh dibuat penyapu: penyapu ~; 2. jejari (pd roda basikal dll); ular ~ sj ular kecil yg berbisa; sesimpai bagai ~ prb orang yg seia sekata; melidi (menjadi) spt lidi: badannya kurus ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : sj ikan laut, kering, Centriscus scutatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.di] | ليدي

Definisi : 1 tulang daun kelapa dll (yg kecil) yg dpt dibuat penyapu atau lekar: penyapu ~. 2 jejari pd roda. melidi halus spt lidi: Badan anaknya kurus ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lidi

Puisi
 

Menjual lidi ke Batu Bara,
     Menjual lokan ke Batu Pahat;
Kerana dengki punya angkara,
     Orang baik disangka jahat.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Gajah ditelan ular lidi.

Bermaksud :

Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah dialahkan oleh pelanduk, b. Gajah mati dicatuk katak, c. Mati dicatuk katak).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, maaf mengganggu saya ada pertanyaan apa maksud peribahasa 1. bagai kucing dibawakan lidi 2. semisal udang dalam tangguk bolehkah DBP Malaysia terangkan dengan lebih jelas lagi. Sekian Terima Kasih.1. Peribahasa “Bagai kucing dibawakan lidi" bermaksud “sangat ketakutan”.
2. Peribahasa yang betul berdasarkan Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah “Menggeletik-geletik seperti udang dalam tangguk” atau “Udang merentak dalam tangguk” bermaksud “tidak tenteram, sangat gelisah dan susah”. 

Sastera20.12.2022
1.Tugas guru (ialah, adalah) mengajar murid-murid. 2. Dia (mencatat, mencatatkan) nama di dalam buku catatan. 3. Se(berkas, batang) penyapu lidi. 4. Mengapakah kebanyakan kata kerja di dalam buku teks KSSR terbitan baru DBP untuk SRJK Tahun 1 ditulis tanpa imbuhan me-? Contohnya> Mereka tanam pokok. Mereka nyanyikan lagu. Mereka kibarkan bendera.

1. Tugas guru ialah mengajar murid-murid.

2. Dia mencatatkan nama di dalam buku catatan.

3. Seberkas penyapu lidi.

4. Terima kasih atas maklumat yang diberikan, pihak kami akan memaklumkan kepada pihak yang berkenaan tentang perkara ini.

Tatabahasa20.03.2011
bagaimana membezakan penjodoh bilangan cekak dan gemal? Contoh ayat: Lily membeli (secekak/segemal) lidi di pasar pagi.Berdasarkan makna kata, gemal juga merujuk ukuran berasaskan cekak. Oleh itu, penggunaannya boleh bersilih ganti.Tatabahasa07.03.2019
salam sejahtera.kata kerja yang mana lebih sesuai untuk ayat ini.Mencungkil atau mencolek batu - batu kecil dari tapak kasut dengan lidi ?Mencungkil bermakna mengeluarkan (melepaskan dan lain-lain) sesuatu dengan pencungkil atau mengorek keluar dengan pencungkil. Mencolek pula bermaksud mencungkil (dengan hujung jari dan lain-lain utk mengeluarkan sesuatu). Sungguhpun demikian, jika dilihat pada konteks ayat, perkataan mencungkil lebih sesuai digunakan berbanding mencolek.Makna11.09.2017
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'?Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklumMakna06.08.2007
Adakah perkataan akal dalam ayat ini digunakan dengan betul ? 1 Akal yang tajam dan kreatif perlu dilatih supaya semakin mantap dan berkesan. 2 Akal fikiran yang tajam amat diperlukan oleh peserta pertandingan pantun ini. Dalam ayat ini, apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggantikan perkataan jadual? 3 Puan Alisa dijangka akan bersalin pada hari ini walaupun kandungannya belum cukup jadual. 4 Apakah maksud i seperti anjing menyalak bukit ii ular lidi nak telan naga iii sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina iv pelanduk dua serupa Terima kasih

1. Boleh digunakan juga perkataan minda

2. akal = fikiran. Sila gunakan salah satu sahaja.

3. tempoh

4.i. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya. ii. Peribahasa yang betul ialah naga ditelan ular lidi bermaksud Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan. iii.sangat cekap (pantas) memahami perkataan orang, iv.dua orang yg seakan-akan sama rupanya

Tatabahasa06.10.2010
Ini buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2, muka surat. Saya amat keliru dengan soalan di sini. Apakah jawapan yang sepatutnya bagi soalan 1 dan 3 ? Rasanya soalan 3 amat pelik.Salam sejahtera,

Bersama-sama ini dilampirkan maklum balas jawapan bagi Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2 SJKC jilid 2

Selain teks, gambar juga memainkan peranan sebagai klu jawapan bagi aktiviti ini.
 
1. pantas seperti kilat (menggambarkan kepantasan Wira Angkasa)
2. kurus seperti lidi (menggambarkan kekurusan pemuda tersebut)
3. gagah seperti gergasi (menggambarkan kegagahan kumpulan pemuda tersebut)
4. tinggi seperti galah (menggambarkan ketinggian murid-murid yang bermain bola kerajang)
 
Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.10.2021

Kembali ke atas