| Apakah definisi bagi perkataan 'life skill'?. Perkataan kemahiran hidup kurang tepat kerana ianya melibatkan kemahiran psikomotor sahaja sedangkan life skill yang sebenar adalah melibatkan keseluruhan aspek kemahiran untuk seseorang hidup. | Dalam bidang pendidikan life diterjemahkan kepada hidup seperti life process ialah proses hidup dan life cycle ialah kitar hidup. Oleh itu, life skill juga diterjemahkan kepada kemahiran hidup. Jika ada pandangan atau cadangan lain tentang istilah tersebut boleh kami bincangkan dengan Bahagian Peristilahan. Sila hubungi kami di alamat e-mel ayu@dbp.gov.my atau aishah3@dbp.gov.my. | Istilah | 30.09.2013 |
| Apa perkataan bahasa Melayu yang sesuai digunakan bagi menterjemah "Quarter life crisis"? Quarter life crisis di sini bermaksud krisis yang berlaku pada usia awal 20-an, dalam pencarian makna hidup. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu bagi Quarter life crisis ialah "krisis kehidupan awal dewasa" | Makna | 14.03.2022 |
| life cycle | kitaran hayat | Istilah | 04.04.2007 |
| Tuan, Saya ingin mendapatkan terjemahan perkataan life member. Ayat dalam Bahasa Inggeris adalah seperti berikut: Ordinary members whether annual members or life members | Padanan bahasa Melayu bagi life member ialah Ahli seumur hidup. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.05.2021 |
| Salam. Saya ingin menyemak mengenai terjemahan perkataan "Meaning in Life" (MiL) dan "Purpose in Life" (PiL) dalam bahasa Melayu. Adakah terjemahan bagi MiL, menurut pihak DBP, ialah makna dalam hidup/kehidupan atau pemaknaan dalam hidup/kehidupan? Manakala terjemahan bagi PiL pula, tujuan dalam hidup/kehidupan? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. | Cadangan kami Meaning in Life diterjemahkan kepada "makna kehidupan" dan Purpose in Life diterjemahkan kepada "tujuan kehidupan". Walau bagaimanapun, tuan perlulah menyemak cadangan terjemahan ini dengan konsep yang terkandung dalam perkataan tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.11.2022 |
| Assalamualaikum wbt., Saya ingin bertanya DBP apa terjemahan dlm Bahasa Melayu utk '' Life skills based education for drug abuse prevention". Elakkan penggunaan perkataan Kemahiran hidup untuk "Life skills" kerana subjek Kemahiran Hidup (KH) sudah sedia ada di sekolah. Terima kasih. Dr Muzafar Razali mohdrazalim@vcu.edu | Kami mencadangkan frasa Life skills based education for drug abuse prevention diterjemahkan kepada Pendidikan berasaskan kemahiran hidup untuk pencegahan penyalahgunaan dadah. Kami berpendapat perkataan kemahiran hidup yang sesuai dengan konteks ayat tersebut kerana life tidak sesuai diterjemahkan kepada hayat atau nyawa dan skill sememangnya merujuk kepada kemahiran. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.06.2014 |
| Terjemahan perkataan ‘life skills’. Sebagai makluman, pihak kami sedang merancang untuk mengadakan kursus kemahiran jangka pendek bagi meningkatkan kemahiran golongan belia. Cadangan awal tajuk kursus ini ‘Life Skills: Weekend Courses. Namun alangkah manisnya jika kami dapat menggunakan Bahasa Malaysia/Melayu sepenuhnya | Padanan bahasa Melayu untuk istilah "life skill" dalam bidang Pendidikan ialah kemahiran hidup. | Istilah | 17.12.2022 |
| archive life more than 200 years | hayat arkib lebih 200 years | Lain-lain | 03.06.2008 |
| TO GET MORE OUT OF LIFE. - Saya faham maksudnya untuk achieve effort lebih kurang macam ni. Apa istilah sesuai ya? Contoh ayat : Are you looking to get more out of life? Take your first step towards making healthier choices | Cadangan padanan bahasa Melayu untuk frasa "to get more out of life" ialah manfaatkan kehidupan sebaiknya. | Makna | 23.11.2022 |
| 1. Life & Style 2. Experience a new life.And a new style Boleh tolong terjemahkan dalam bahasa Melayu dlam perkataan yang ringkas | 1. gaya dan kehidupan 2.alami hidup/ kehidupan baru 3.gaya baru/ terkini | Tatabahasa | 26.11.2007 |