Assalamualaikum, Terima kasih atas jawapan pihak tuan berkaitan ayat meniup lilin dan menghembus lilin. Dalam satu buku latihan UPSR terdapat soalan berkenaan yang memerlukan murid memilih meniup lilin atau menghembus lilin. Buku tersebut dinilai oleh Panel Penilai Guru Cemerlang Malaysia. Apakah pandangan pihak tuan jika murid diminta memilih antara meniup lilin dengan menghembus lilin.Yang mana satukah lebih tepat dan betul dari segi bahasa? | Kamus Dewan menakrifkam meniup sebagai perbuatan mengenakan nafas (yang kuat pada); sama makna dengan menghembus. Berdasarkan makna yang tersebut, kedua-dua pilihan jawapan yang diberikan (meniup lilin dan menghembus lilin) adalah betul. Dalam hal ini kami mencadangkan saudara merujuk terus dan berbincang dengan penulis/penerbit buku berkenaan kerana kami menerima pakai makna yang dirakam dalam Kamus Dewan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Dia meniup/meniupkan lilin yang terdapat di atas kek. | Ayat yang betul : (i) Dia meniup lilin yang terdapat di atas kek. (ii) Ucapan Ali telah meniupkan semangat para hadirin yang datang ke perhimpunan itu. | Tatabahasa | 09.05.2009 |
Assalamualaikum.. Antara dua ayat berikut, yang manakah lebih betul dan tepat. 1. Lokman meniup lilin yang ada di atas kek hari jadinya 2. Lokman menghembus lilin yang ada di atas kek hari jadinya. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga, meniup dan menghembus kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Namun 'menghembus' lebih cenderung digunakan untuk perkara-perkara yang menjurus kepada pengakhiran sesuatu. Contohnya: menghembuskan nafas yang terakhir dsb. Sebaliknya 'meniup' pula lebih cenderung kepada perkara-perkara menghidupkan sesuatu seperti meniup seruling untuk mengeluarkan bunyi-bunyian, meniup semangat dll. | Lain-lain | 20.02.2011 |
selamat sejahtera, tuan. 1. Saya meniup lilin (pada/di atas) kek (semasa/pada) hari jadi saya. sekian terima kasih | Salam sejahtera, Jawapan yang sebetulnya ialah 'Saya meniup lilin di atas kek semasa hari jadi saya.' | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Pokok kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Pokok kelapa juga boleh dijadikan sabun. Lilin dan berus juga diperbuat daripada pokok kelapa. Soalan: Adakah ayat-ayat ini betul? Dan apa kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah buah kelapa boleh diproses untuk dijadikan minyak masak. Minyak kelapa juga boleh dibuat sabun. Lilin dan berus diperbuat daripada minyak dan sabut kelapa. | Tatabahasa | 05.04.2010 |
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh) ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll). | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung. | Istilah | 15.01.2010 |