Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB perekat, gam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, (a) Ayat manakah di bawah adalah betul? 1. Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. ATAU 2. Encik Lim memperisteri anaknya dengan calon angkasawan. (b) Peribahasa manakah betul: 1. Harapkan pagar, pagar makan padi. ATAU 2. Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih.Ayat yang betul ialah:
Encik Lim memperisterikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah lelaki)
Encik Lim mempersuamikan anaknya dengan calon angkasawan. (jika anak Encik Lim ialah perempuan)


Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk peribahasa yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi." kerana peribahasa  tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.
Lain-lain22.01.2019
(A) kedua-dua adik Lim kacak. (B) kedua-dua orang adik Lim kacak. mana satu ayat yang betul?Ayat yang gramatis ialah "kedua-dua orang adik Lim kacak".
Tatabahasa15.07.2014
Puan Lim menyorong bayinya yang berada di dalam kereta sorong bayi. atau Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang dinaiki oleh bayinya. Adakah kedua-dua ayat ini betul ? Maksud saya menyorong bayi atau menyorong kereta bayi?? Tq.Ayat yang lebih gramatis ialah Puan Lim menyorong kereta sorong bayi yang membawa bayinya.Tatabahasa21.07.2014
Merujuk kepada soalan pada 25/07/2014, mengapakah ayat berikut salah ? (1) Lim menjert kerana tergigit kerengga.Ayat ‘Lim menjert kerana tergigit kerengga’ dibetulkan menjadi ayat yang gramatis ialah Lim menjerit kerana digigit oleh kerengga’. Ayat yang gramatis bukan sahaja dari aspek tatabahasa tetapi meliputi aspek makna.Tatabahasa17.08.2014
Samantha Lim WED 06:26 Memandangkan saya masih berada di luar negara sekarang, ada tak cara lain untuk berhubung dengan Puan Norhamiza misalnya emel?Norhamiza binti Mohd Tuhaini - norhamiza@dbp.gov.myLain-lain19.04.2017
Samantha Lim MON 15:12 Hai, selamat petang. Pagi tadi, mak saya terima satu pangilan drpd pihak DBP. Dengar kata, Cik Hamizah nak dapatkan persetujuan saya utk menerbit cerpen saya yang menang bbrp tahun yg lalu. Cik Hamizah juga sebut tentang bayaran royalti untuk penerbitan cerpen saya tu. Jadi, saya nak tanya siapa yang boleh saya contact untuk bincang tentang perkara ini? Jika boleh, boleh saya dapatkan emel Cik Hamizah ni sebab sekarang ni saya berada dekat luar negara. Terima kasih.Mohon berhubung dengan Puan Norhamiza binti Mohd Tuharni melalui nombor 03-2147 9295.Lain-lain18.04.2017
Xiuhao Lim Aug 18th, 2:33pm Hi bolehkah saya tanya hari kemerdekaan adalah nama khas atau nama am? Hari kemerdekaan patut tulis dlm huruf besar atau huruf kecil utk perkataan yg pertama. Begitulah dgn "merdeka" sebab sy nampak dlm buku teks anak sy darjah 1. Merdeka dituliskan dlm huruf besar utk perkataan yg pertama. contoh: Murid-murid melaungkan "Merdeka! Merdeka!" Terima kasihHari Kemerdekaan ialah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar.Ejaan18.08.2014
Encik Lim sekeluarga melancong di Tanah Tinggi Genting. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya.Ayat ini betul. Penggunaan kata sendi nama "di" membawa maksud mereka itu telah sampai di Tanah Tinggi Genting.Sastera21.05.2014
encik lim memohon pinjaman dari bank untuk menjalankan projek ternakan ayam telur tuan, saya tidak faham mengapakah kesalahan ialah dari..dan bukannya ayam telur

Betul seperti pendapat saudara, penggunaan yang kurang tepat dalam ayat tersebut ialah dari dan bukannya ayam telur.

Tatabahasa03.08.2011
Cikgu Lim seorang guru yang tegas ______penyayang. a.tetapi b.dan *jawapan yang mana lebih sesuai?

Perkataan tetapi atau namun lebih sesuai.

Tatabahasa12.05.2011
123456

Kembali ke atas