Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Tiga puluh empat dan sen lima puluh sahaja. 2. Tiga puluh empat dan lima puluh sen sahaja. Yang manakah ayat yang gramatis ?Frasa yang betul ialah tiga puluh empat ringgit dan lima puluh sen. Unit perlu diletakkan di belakang.  Ejaan06.02.2010
Bolehkah kita menulis angka dalam kurungan seperti dua contoh ayat berikut: majlis itu akan dihadiri oleh 50 (lima puluh) orang peserta ...; majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta ...Ejaan yang betul ialah "Majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta".Tatabahasa27.05.2011
Cara menulis angka dalam sebutan ayat yang betul dalam penulisan cek atau surat berkaitan kewangan. Adakah: 1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja); atau 2. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Sen Dua Puluh Sahaja)? Mohon penjelasan kepada unit Sen samada perlu diletakkan di belakang atau di hadapan selepas perkataan dan.1. RM150.20 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Lima Puluh dan Dua Puluh Sen Sahaja.
Tatabahasa26.06.2014
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Lain-lain23.04.2010
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi AhmadMenurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja.Tatabahasa02.01.2013
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20?Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen"Lain-lain27.05.2016
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq

bersama dengan dan bersama boleh digunakan.

Tatabahasa18.09.2011
As salam. Saya nak tanya. Betul ke istilah dalam bahasa kita sebut dua puluh lapan ratus atau tiga belas ratus?Dalam bahasa Melayu, penulisan yang betul ialah dua ratus lima puluh ribu (250 000) dan  tiga belas ribu (13 000).Tatabahasa02.12.2013
terima kasih. bagaimana pula dengan ayat ini, 'dua ringgit setengah'..boleh jelaskan? terima kasih..

Salam sejahtera,

Yang paling tepat ialah dua ringgit lima puluh sen.

Ejaan22.10.2012
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'?Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya;  Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.Lain-lain25.03.2010
123

Kembali ke atas