There are no speed limit signs on the road and highway of Kota Kinabalu and in Sabah per say. How can the police issue a summon saying that we have exceeded the speed limit - What speed limit are they refering to (in KL is 110km or 90km) but here nothing!! Is it justified that they issue the summons for driving at 110km on KK road??? What double standard are they practicing. They must first put up the speed limit sign so that drivers can abide to. Is this Malaysia Boleh for us law abiding citizens? Pihon terjemahan kepada bahasa melayu yang tepat | Pihak kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Kami hanya menyemak teks terjemahan teks pendek yang telah disediakan. Untuk mengadapat mendapatkan khidmat terjemahan, sila berhubung dengan Institut Terjemahan Negara Malaysia, telefon 03- 41497210. | Lain-lain | 04.02.2008 |
adakah limit untuk penerbitan itu?bagaimana harus saya tahu perkembangan penerbitan buku itu? | Assalamualaikum Mohon kemukakan soalan dengan jelas supaya mudah pihak kami untuk memberikan jawapan. | Lain-lain | 02.04.2010 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). Contoh ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan dengan padanan perkataan “within” sewajarnya diterjemahkan sebagai “dalam” atau “di dalam” mengikut konteks ayat di atas. | Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam. | Tatabahasa | 13.03.2020 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan "within" dalam konteks had tempatan (local limit) dan dalam konteks bidang kuasa (jurisdiction). | Padanan perkataan "within" yang diberikan agak umum dan mungkin berbeza mengikut konteks dan penggunaan ayat. Mohon tuan untuk memberikan contoh ayat yang lebih lengkap agar pihak kami dapat mengenal pasti makna yang tepat mengikut kedua-dua konteks ayat tersebut. | Istilah | 12.02.2020 |
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "meat reducer". Pemakan kurang daging? What is Meat Reducer (sumber: https://www.igi-global.com/dictionary/whats-new/68751) 1.A person who aims to reduce their meat consumption to a limit considered healthy or because of environmental and animal welfare reasons; alternative term for flexitarian. Learn more in: What's New?: A History of Meat Alternatives in the UK Find more terms and definitions using our Dictionary Search. | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi "meat reducer" ialah pemakan fleksibel atau pemakan daging fleksibel. | Lain-lain | 21.07.2021 |
Syarikat telah memohon Sijil Pengesahan Bahasa dan telah lulus dengan saiz papan tanda iaitu 16x4 kaki. 1)Sekiranya pihak syarikat bercadang untuk membuat beberapa papan tanda yang sama dengan saiz yang berbeza,adakah syarikat perlu membuat permohonan baru bagi setiap saiz papan tanda? 2) Adakah terdapat limit saiz papan tanda yang akan diguna pakai? Sekian terima kasih | Jika papan tanda yang baharu tidak terdapat sebarang perubahan teks, masih dalam kategori yang sama dan PBT yang sama, tidak perlu untuk memohon permohonan sah bahasa. Namun, perlu dirujuk dengan PBT yang berkaitan mengenai saiz dan had saiz. | Lain-lain | 14.07.2022 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat menjelaskan perkara-parkara berikut: Sila beritahu sama ada atau tidak ayat-ayat yang berikut betul: 1. Kabus itu menghadkan / mengehadkan darjah penglihatan. (Saya mendapati Kamus Oxford Fajar (Prof Asmah Haji Omar), Kamus Utusan dan Kamus Lengkap (Drs. Awang Sudjai) menggunakan perkataan 'menghadkan' (restrict/limit) manakala Kamus Dewan menggunakan 'mengehadkan'. Ini menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar dan orang awam. Peerkara ini perlu diperjelaskan dari segi tatabahasa Melayu). 2. Berita hangat /menarik itu adalah daripada BBC/CNN/Radio Malaysia. 3. Isu /perkara mengenai /tentang rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. 4. Makalah yang berguna/bermanfaat/berfaedah itu adalah daripada majalah 'Dewan Masyarakat', terbitan DBP. 5. Apakah perbezaan antara perkataan-perkataan berikut: kesahihan; keesahan; sah dan sahih 6. Maklumat ini telah diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai. 7. Saya telah memperoleh maklumat ini daripada Kementrian Kewangan. 8. Untuk menambahbaikkan khidmat nasihat yang berkesan dan jitu mengenai tatabahasa (nahu) Melayu, respons pihak DBP perlu tepat pada masa. Sekian , terima kasih. Peter Johnson Durairaj | Soalan 1: Perkataan yang betul ialah mengehadkan, bukan menghadkan. Peng- menjadi penge- apabila bergabung dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata sahaja, baik perkataan Melayu ataupun perkataan pinjaman. Contoh lain: cat - pengecat, bom - pengebom, pam - pengepam. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 111. Soalan 2: Kedua-dua perkataan iaitu, hangat atau menarik boleh digunakan dalam ayat yang tuan kemukakan bergantung pada maksud yang ingin disampaikan. Soalan 3: Ayat yang betul ialah (i) Isu rasuah perlu diteliti secara halus dan mendalam. Soalan 4: Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 4(i) Makalah yang berguna itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(ii) Makalah yang bermanfaat itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. 4(i) Makalah yang berfaedah itu merupakan majalah Dewan Masyarakat, terbitan DBP. Soalan 5: Bagi mengetahui maksud dan mengenal pasti perbezaan maksud perkataan, tuan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, dan Dewan Pelajar. Perkataan sahih bermaksud pasti, benar, sah, dapat diakui maka kata nama yang diterbitkan daripada sahih ialah kesahihan perihal sahih (benar, pasti sah). Perkataan sah membawa dua maksud iaitu, 1. lulus pd sisi undang-undang 2. benar, pasti, nyata, manakala kesahan pula bermaksud perihal sah, sah tidaknya sesuatu. Soalan 6: Ayat yang betul ialah 6(i) Maklumat ini diperoleh daripada sumber yang boleh dipercayai. Soalan 7: Ayat yang betul ialah 7(i) Saya memperoleh maklumat ini daripada Kementerian Kewangan.
| Tatabahasa | 15.11.2017 |
Tuan/Puan, Saya memerlukan cadangan istilah Bahasa Melayu bagi perkataan berikut; 1. Energy-dense food Definisi energy-dense food: Energy-dense foods are defined as those with an energy content of more than about 225–275 kcal per 100 g food. ‘Energy density’ measures the amount of energy (in kcal or kJ) per weight (usually 100 g) of food. Contoh penggunaan dalam ayat: - Limit consumption of energy-dense foods. - Because of their water content, drinks are less energy-dense than foods. - Consumption of energy-dense foods and sugary drinks is increasing worldwide and is probably contributing to the global increase in obesity. Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "energy-dense food ialah makanan penuh tenaga. | Istilah | 08.09.2016 |
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’? | - Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
- Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
- Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
| Tatabahasa | 15.01.2021 |
Mohon penjelasan pihak Tuan/Puan berkenaan padanan perkataan “within” diterjemah sebagai “dalam” atau “di dalam” dalam konteks ayat seperti yang berikut: 1. Any cause or matter within its jurisdiction shall have full force and effect and may be served and executed anywhere within Malaysia; 2. A Sessions Court shall have jurisdiction to hear and determine any civil or criminal cause or matter arising within the local limits of jurisdiction assigned to it; dan 3. if issued or made by a Magistrates’ Court, be signed by a Magistrate of either class within the local limits of whose jurisdiction the Court is situate. | Penggunaan kata sendi nama di dalam digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
| Tatabahasa | 13.03.2020 |