Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.néar] | لينيار

Definisi : (linéar) 1. berkaitan dgn atau berbentuk spt garis-garis: corak warna ~; 2. berkaitan dgn (ukuran) panjang, mis meter, kaki dan inci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.néar] | لينيار

Definisi : ist 1 bkn garisan atau dlm bentuk garisan. 2 mengenai ukuran panjang (spt kaki, inci, meter). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata linear


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan Bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia perkataan berikut: a. Trend b. Linear regression c. Spatial d. Gantt Chart e. Endangered f. Vulnerable g. Critically Endangered Terima KasihMohon maaf kerana DBP tidak memberikan perkhidmatan penterjemahan. Tuan/puan boleh mencarinya daripada kamus atau hubungi  Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506.  Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan04.11.2014
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya.

Salam sejahtera,

Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah.

1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu.  Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan  prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis.

2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke  semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip.

Lain-lain18.10.2011
Saya dan pelajar telah menjalankan kajian mengenai "COMPUTATIONAL STUDIES IN A CLASS OF NONLINEAR FRACTIONAL DIFFERENTIAL EQUATIONS". Saya ingin mendapat nasihat mengenai tajuk kajian ini di dalam Bahasa Malaysia yang betul "KAJIAN PENGIRAAN BAGI SUATU KELAS PERSAMAAN PEMBEZA PECAHAN TAK LINEAR" terima kasih.Frasa yang betul ialah "KAJIAN PENGIRAAN DALAM KELAS PERSAMAAN PEMBEZAAN PECAHAN TAK LINEAR".Penyemakan dan penterjemahan19.06.2015
Merujuk kepada maklum balas pihak tuan bertarikh 4 Oktober 2017, bersama-sama ini disertakan cadangan dalam Bahasa Melayu bagi istilah Bahasa Inggeris yang berikut untuk perhatian tuan selanjutnya. i) suppressor variable : pemboleh ubah penekan (dalam konteks statistik, pemboleh ubah ini berfungsi untuk menekan (suppress) varians yang tidak berkaitan dalam pemboleh ubah tidak bersandar. Hasilnya, suatu perhubungan sifar atau menghampiri sifar dapat dilihat antara pemboleh ubah penekan dengan pemboleh ubah bersandar. Selain itu, pemboleh ubah penekan turut mempunyai hubungan linear dengan satu atau lebih pemboleh ubah tidak bersandar. Pemboleh ubah penekan ini turut tergolong dalam kelompok pemboleh ubah tidak bersandar dalam model regresi linear pelbagai. ii) reciprocal suppression : tekanan timbal-balik iii) inconsistent mediation : pengantaraan tidak konsisten iv) bias-corrected confidence interval : selang keyakinan pesongan-dibetulkan v) negative suppression: tekanan negatif Adalah diharapkan agar pihak tuan dapat membantu dalam terjemahan istilah tersebut. Bantuan dan kerjasama pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Disampaikan maklumat yang dilampirkan untuk makluman dan perhatian tuan selanjutnya. Terima kasih.Istilah06.10.2017

Kembali ke atas