Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : tertutup (kepala, muka dgn kain, dll), tertudung; bertudung ~ berselubung panjang sebelah; melingkupi 1. menyelubungi, menudungi, menutupi: jikalau sel itu hidup, ia dilingkupi oleh benda berupa agar-agar yg tidak berwarna; 2. melingkungi atau meliputi (beberapa hal dll): pembicaraan itu ~ berbagai-bagai masalah; 3. ki meliputi (suasana dll), menyelubungi, menyelaputi: hawa dingin ~ sekitar kawasan itu; pem­bicaraan itu dilingkupi suasana yg tegang; terlingkup dlm keadaan dilingkupi, terling­kung, terliput, terselubung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : Mn habis semuanya (orang yg pergi atau datang), semuanya pergi atau datang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : 1. = telingkup terbalik (kapal, perahu, dll), tertungkup; 2. ki, bp habis rosak atau punah, binasa, jahanam; melingkupkan membinasakan, menjahanam­kan: kalau dia hitam hatinya, soal ~ syarikat itu di hujung jarinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : tersungkup atau tertutup dr atas; tertudung. melingkupi 1 menjadi sbg tutup pd; menutupi: Selendang yg ~ kepalanya berwarna biru. 2 memberi bertutup; menudung: Dia ~ kepala anaknya dgn sehelai kain batik. 3 meliputi atau melingkungi beberapa hal dsb: Kuliah itu ~ beberapa tajuk. terlingkup dlm keadaan dilingkupi; tertudung; tersungkup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ling.kup] | ليڠکوڤ

Definisi : , = terlingkup 1 terbalik (bkn kapal atau perahu). 2 habis rosak; punah; jahanam: Jika kita boros, ~lah perniagaan kita ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lingkup (adjektif)
Bersinonim dengan tertutup, tertudung;,
Kata Terbitan : melingkupi, terlingkup,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sy nk tya soaln nie... apakah mksud ''ruang lingkup yang luas''????Ruang lingkup merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud liputan atau litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb). Jadi mengikut konteks ayat yang dikemukakan 'ruang lingkup yang luas bermaksud litupan atau liputan sesuatu bidang atau pengetahuan yang luas.Makna25.07.2012
Mana yang lebih tepat: ruang lingkup atau ruang litup ?

Kedua-duanya betul, ruang lingkup sama maknanya dengan ruang liput atau ruang litupan.

Istilah29.11.2009
Salam.. saya terpanggil untuk bertanyakan pandangan DBP berkaitan dengan konsep kebersamaan dalam kepelbagaian. Merangkumi ruang lingkup wanita dan masyarakat di Malaysia.Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami. Soalan yang berbentuk tugasan ini memerlukan kajian dan pembacaan yang banyak untuk menyelesaikannya. Sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.Lain-lain26.07.2012
Apakah maksud perkataan ironinya? Boleh jelaskan dengan terperinci.Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.Makna03.04.2012
Salam 1Bahasa, 1. Apakah maksud perkataan homosapisas? 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ironi? Terima kasih.1. Untuk makluman tuan, perkataan homosapisas tiada dalam rujukan kami.

2. Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Contoh penggunaan: Ironinya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri. Dalam bidang kesusasteraan, ironi didefinisikan sebagai: Mengucapkan sesuatu berlainan daripada realiti atau kenyataan sebenarnya.
Tatabahasa12.11.2013
Salam sejahtera, Sekiranya saya ingin bermula ayat saya dengan perkataan, "ironiny", Perlukah saya masukkan perkataan "namun" di hadapan "ironinya". Penggunaan yang betul ialah "Ironinya" atau "Namun ironinya,...."? Mohon beri tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya. Kata ironi lazimnya hadir pada permulaan ayat dan tidak perlu didahului dengan namun, seperti contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.Tatabahasa29.01.2011
Assalamualaikum 1. Sambutan jubli sempena umur institusi : Sesebuah institusi tidak pernah mengadakan apa-apa sambutan dan sudah berumur 71 tahun ? Apakah sambutan yang boleh diadakan sempena umurnya itu ? 2. Saya masih keliru tentang penggunaan perkataan ' ironi ' , boleh tuan jelaskan serta contoh penggunaannya. 3. 1Malaysia : Cara penulisannya adakah boleh dijauhkan seperti 1 Malaysia ? atau pun Satu Malaysia. 4. Sendi nama seperti dan, pun di dll adakah dikira satu sebagai satu patah perkataan ? Terima kasih.

1. Tidak ada sambutan jubli bagi umur 71 tahun, mungkin disebut sambutan ke-71 tahun.

2. Ironi bermaksud keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya, contoh ayat: Ironinya jika "Dasar Belia Nasional" ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.

3. Cara penulisannya ialah 1 Malaysia ataupun Satu Malaysia.

4. Sendi Nama juga dikira sebagai satu perkataan, misalnya "di", "dan" dan sebagainya.

Tatabahasa12.08.2009
Saya ingin bertanya makna personfikasi, bombastic ,ironi dan sebagainya berkitan dengan linguistikPersonifikasi ialah pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa atau sesuatu yang abstrak dan lain-lain untuk mendapatkan kesan sastera atau seni, 2. pelambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yang abstrak sebagai mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yang tidak bernyawa (atau abstrak) sebagai manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dengan kata-kata yang terpilih.


Bombastik ialah banyak menggunakan kata yang indah-indah dan luar biasa kelihatannya tanpa membawa pengertian yang bernas atau jelas: Arena Wati menggunakan bahasa yang sederhana dan mudah difahami, pemilihan kata-katanya dibuat begitu teliti dan tidak ~.


Ironi ialah keadaan atau kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya: ~nya jika Dasar Belia Nasional ini mahu diterima, maka dengan sendirinya kita mempersempit ruang lingkup pelaksanaan dasar itu sendiri.
Makna15.07.2013
Cadangan: Di negara-negara Asia timur seperti Jepun,Korea,malahan di rantau Asia seperti China,Thailand,Loas,Vietnam,Filipina dsbnya meletakkan bahasa kebangsaan masing-masing di atas bahasa Inggeris,.Hal ini dapat dilihat pada singboard2 sama ada merujuk lokasi-lokasi mahupun iklan-iklan.Saya sebagai pencinta bahasa Melayu menyimpan hasrat dan cita-cita agar Malaysia mengorak langkah yang sama.hasrat kerajaaan memartabatkan bahasa Melayu boleh diambil melalui langkah tersebut.Oleh hal yang demikian, DBP diharap dapat memainkan peranan agar menjadi institusi yang lebih dinamik untuk merealisasikan cita-cita tersebut,sekian-matpapaya n gengDewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; memperkembangkan bakat sastera; mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan; membakukan ejaan dan sebutan; menggalakkkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dan menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas. Namun DBP belum diberi kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Untuk itu DBP menggunakan kuasa yang sedia ada pada pihak berkuasa tempatan melalui undang-undang kecil iklan, peraturan dan garis panduan yang disediakan. DBP mengadakan kerjasama yang baik dengan pihak berkuasa tempatan seperti DBKL bagi memastikan paparan di tempat awam menggunakan bahasa yang baik dan betul. DBP sentiasa berusaha memartabatkan bahasa kebangsaan dan bergerak dalam ruang lingkup kuasa yang ada. Martabat bahasa kebangsaan lebih terserlah apabila digunakan dalam urusan kenegaraan untuk maksud rasmi dalam kalangan jabatan sektor awam, antara sektor awam dengan sektor swasta, dan antara sektor awam dengan orang awam. Lain-lain04.06.2011
(1) Rasional berhubung penggunaan "peroleh" tanpa "i" manakala "didapati" boleh menggunakan "i". (2) Perbezaan antara "skop" dan "spesifikasi". adakah perbezaan antara keduanya. (3) Istilah "berkuat kuasa"..kenapa perlu dua perkataan. adakah perkataan "berkuat" itu boleh tersendiri.. Segala perhatian amat dihargai. TK1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i  tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) 2. Perkataan skop dan spesifikasi ialah dua perkataan yang mempunyai makna yang berbeza. Skop bererti bidang yg diliputi, ruang liputan, ruang lingkup. Spesifikasi bererti butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) untuk sesuatu, perincian (tentang sesuatu). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.3. Kata majmuk ialah kata yang terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Ada beberapa kata majmuk yang telah mantap dieja bercantum. Contohnya:tandatangan, tanggungjawab.  Apabila kata majmuk ini menerima awalan, kata dasarnya dieja terpisah, tetapi apabila menerima apitan, kata dasarnya dieja bercantum. Contohnya: Kuat kuasa, berkuat kuasa, dikuatkuasakan.  Tatabahasa01.06.2011

Kembali ke atas