Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, Pengurus ialah 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengendalikan) sesebuah syarikat.
Ketua pula ialah orang yg mengepalai atau memimpin (pasukan, perkumpulan, pertubuhan, jabatan, dll): ~ persatuan; ~ pengarang; guru ~ guru besar (kepala sekolah); ~ adat pemimpin yg dilantik mengikut adat utk mengawasi perjalanan adat (dlm kampung, suku, dll); ~ jurumasak cef; ~ kampung orang yg mengepalai kampung, penghulu kampung; ~ kerajaan pemimpin tertinggi sesebuah kerajaan, yg dilantik drpd ketua parti politik yg memerintah: ~ kerajaan Malaysia ialah Perdana Menteri Malaysia; ~ Menteri menteri yg mengepalai menteri-menteri lain (biasanya dlm negeri bahagian): ~ Menteri Melaka; ~ Menteri Sabah; ~ muda wakil ketua; ~ murid murid yg dijadikan ketua bagi semua murid; ~ negara pemimpin tertinggi sesebuah negara yg terdiri drpd seseorang raja atau pemimpin parti politik yg memerintah: ~ negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong; ~ pejabat orang yg mengepalai dan bertanggungjawab terhadap perjalanan pejabat; ~ satu ketua yg terkanan (terpenting) sekali (dlm pertubuhan dll);
Thanks for clicking. That felt good.