Salam Ramadan. Adakah perkataan "menyahubungkan" boleh digunakan sebagai terjemahan de-link? Cth ayat: You can de-link your card with your ex-spouse via ATM. | Tuan, Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, de-link boleh diterjemahkan kepada mengenyahhubungkan.
| Penyemakan dan penterjemahan | 07.05.2019 |
Goverment link company | syarikat berkaitan kerajaan | Istilah | 22.12.2008 |
VORALES TRADE LINK SDN.BHD. LOT 726-13B, JALAN SUNGAI RASA, SEKSYEN 16, 40200 SHAH ALAM, SELANGOR. | Mohon kemukakan soalan supaya pihak kami dapat memberikan cadangan yang sesuai. | Lain-lain | 07.06.2018 |
What is 'link' in Bahasa Malaysia? Website link... | Padanan bahasa Melayu ialah pautan laman web atau pautan laman sesawang. | Istilah | 14.03.2008 |
Salam, Boleh tak sekiranya kalau kami ingin meminta kebenaran tuan/puan untuk memuatkan link tuan/puan ke dlm laman kami. Dan kami juga ingin meminta tuan/puan utk turut sama berkongsi memuatkan link kami ke dlm laman tuan/puan. | Wassalam, pihak tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat (03-21479485/9483) untuk bertanyakan permintaan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 18.11.2015 |
Tuan/Puan, Tolong semakkan papan tanda iklan seperti yang dilampirkan. Sebelum ini, saya pernah bertanyakan soalan yang sama. Tetapi link website yang diberikan tidak dapat dibuka. Sekia, Terima kasih. | Untuk semakan dan pengesahan iklan, pihak tuan perlu menggunakan perkhidmatan Khidmat Pengesahan Bahasa seperti pada link yang disertakan ini: http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx Iklan yang dilampirkan tiada masalah, kecuali bagi perkataan "Ground Floor" perlu ditukar kepada "Aras Bawah". | Lain-lain | 15.09.2016 |
Bolehkah saudara/saudari berikan link untuk melihat soalan-soalan tentang kemusykilan dalam bahasa yang pernah ditanya oleh pengguna sebelum ini? Dulu, saya dapat menggunakan search untuk mencari jawapan menggunakan kata kunci. Tapi, sekarang saya tidak dapat cari laman itu lagi. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, ruangan Khidmat Nasihat dalam PRPM masih boleh dicapai. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah teknikal yang dihadapi yang menyebabkan tuan tidak dapat mengakses ruangan tersebut. Tuan boleh menggunakan ruangan tersebut seperti pada contoh link http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=kata+majmuk&d=175768&#LIHATSINI. | Lain-lain | 07.05.2020 |
Hai, apakah terjemahan yang sesuai bagi "Backlinks"? Maksud Backlinks ialah: Backlinks, also known as incoming links, inbound links, inlinks, and inward links, are incoming links to a website or web page. In basic link terminology, a backlink is any link received by a web node (web page, directory, website, or top level domain) from another web node.[1] Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today, their significance lies in search engine optimization (SEO). The number of backlinks is one indication of the popularity or importance of that website or page (for example, this is used by Google to determine the PageRank of a webpage). Outside of SEO, the backlinks of a webpage may be of significant personal, cultural or semantic interest: they indicate who is paying attention to that page. Source: http://en.wikipedia.org/wiki/Backlink Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk backlinks ialah pautan masuk. | Istilah | 24.10.2012 |
Saya ingin mengetahui link/senarai puisi (sajak dan syair) untuk pertandingan Deklamasi Puisi 2018. Terima kasih | Pihak puan boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi En. Muhammad Rafiq (03-21479207) atau Pn. Azlin Asmuni (03-21479208), Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja DBP. Maklum, terima kasih. | Lain-lain | 14.02.2018 |
Assalamuaalaikum... boleh beri saya link untuk download borang sahabat dbp dan borang mantan mpr dbp tak? saya cuba download dari laman web dbp tapi tak boleh... | Alaikumussalam. Untuk makluman puan, dalam laman web DBP hanya ada borang Rakan Dewan, Persatuan Mantan DBP. dan Karyawan Tamu. Satu lagi borang, iaitu Sahabat Purnama sudah tidak relevan lagi. Pihak DBP akan menarik keluar borang tersebut daripada paparan laman web DBP. DBP memang sedang berusaha untuk mewujudkan Sahabat DBP tetapi program ini belum mantap lagi. Sahabat DBP merupakan satu program Rakan Dewan yang akan dinaik taraf daripada bersifat tempatan ke peringkat antarabangsa. Setakat ini puan boleh mengakses borang Rakan Dewan melalui laman web DBP. Berkaitan borang mantan MPR DBP, pihak DBP tidak ada menawarkan apa-apa borang berkaitannya. Jika ada pun ialah borang alumnai MPR tetapi tidak diuruskan oleh DBP. Puan boleh menghubungi Puan Salina Ibrahim melalui talian 019-2003919 untuk mendapatkan maklumat lanjut. | Badan Penulis | 07.02.2015 |