Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lin.tah] | لينته

Definisi : sj binatang dlm kelas Hirudinea, rupanya spt pacat tetapi lebih besar; jenis-jenisnya: ~ padi, ~ paya, ~ perca, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lin.tah] | لينته

Definisi : nama sj binatang melata yg rupanya spt pacat tetapi lebih besar, Hirudo medicinalis. ~ bulan sj lintah yg berwarna kelabu keperang-perangan. ~ darat ki orang yg mengenakan bunga yg terlalu tinggi atas pinjaman yg diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lintah

Puisi
 

Banyak lintah paya dalam,
     Orang menangguk anak udang;
Nanti titah adik di dalam,
     Bukan tak tahu masuk seorang.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lemah-lembut lintah,
     melekat payah lucut.

Bermaksud :

Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut : 1. Bagai dagu melebihi hidung 2. Bagai lintah naik ke darat 3. Bagai muka bantal, berliur basi 4. Bagai murai tercabut ekor 5. Bagaikan empedu bersalut madu, pahitnya tiada terbilang 6. Bagaikan gading gajah betina, panjangnya tak sejengkal mana 7. bagaikan racun di dalam cawan, air di ceret ditumpahkanPeribahasa bagai murai dicabut ekor bermaksud perempuan yang suka bercakap banyak (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema.Sastera04.09.2024

Kembali ke atas