Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. substance which is neither solid nor gaseous, cecair; 2. (phon) likuida. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : adj 1. not solid or gaseous, cecair: sick people are often given ~ food, orang sakit selalunya diberi makanan cecair; 2. clear, soft, shining, bersinar, bercahaya: she has ~ eyes, matanya bersinar; 3. (fml), (of sound) merdu; 4. (of assets, securities) easily converted into cash, cair: the oil company has taken over the ~ assets of two other companies, syarikat minyak itu telah mengambil aset cair dua syarikat lain; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata liquid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah liquid paper sesuai diterjemahkan dengan cecair pembetulan?

Liquid paper ialah sejenis pemadam dalam bentuk cecair yang digunakan untuk memadam tulisan pada kertas. Oleh yang demikian, cadangan terjemahan yang sesuai untuk perkataan liquid paper dalam bahasa Melayu ialah pemadam cecair.

 

Istilah22.10.2024
Apakah padanan yang sesuai dan tepat bagi perkataan “savoury” dalam konteks ayat di bawah ini? Carian definisi bagi “savoury” adalah menyelerakan “Sauce 339. (1) Sauce shall be a liquid or semi-liquid savoury preparation of food with or without spices and intended to be eaten with food as a relish and includes the food for which a standard is prescribed in regulations 340 to 345. Sos 339. (1) Sos hendaklah suatu sediaan makanan lazat dalam bentuk cecair atau separa cecair dengan atau tanpa rempah dan bertujuan untuk dimakan dengan makanan bagi memberi keenakan dan termasuklah makanan yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 340 hingga 345.”.Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "savoury" ialah "menyelerakan", "tidak manis" atau "pedas", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya dalam ayat.Lain-lain07.07.2021
How to translate "liquid cleaner" in BM? Is "cecair pencuci" or "pencuci cecair" ?Cadangan padanan bagi istilah liquid cleaner dalam bahasa Melayu ialah pencuci cecair. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah05.03.2024
Mohon pencerahan. Yang mana satu betul: Cecair Pencuci Pakaian (liquid detergent) atau Pencuci Cecair Pakaian? Terima kasih kerana membantu.Liquid detergent boleh diterjemahkan kepada detergen cecair.Penyemakan dan penterjemahan21.08.2015
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan terjemahan bagi perkataan berikut 1. Chicken Breakfast Sausage 2. Concentrated Liquid Detergent 3. Easy To Peel (untuk kulit popiah) Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

1. Chicken Breakfast Sausage - Sosej Ayam Sarapan
2. Concentrated Liquid Detergent - Detergen Cecair Pekat
3. Easy To Peel - Mudah Diasingkan
Istilah01.04.2014
1.Apakah penjodoh bilangan bagi topi keledar? 2. Apakah kata nama bagi Liquid paper? Terina kasih.

1. Untuk makluman tuan, tidak semua benda diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan yang dicadangkan ialah “sebuah topi keledar”.

2. Cadangan padanan bahasa Melayu bagi “liquid paper” ialah “pemadam cecair”.



Lain-lain12.04.2024
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan semi di bawah ini: semi-processed semi-fermented semi-solid mass semi-liquid savoury preparation of foodKami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

semi - separa


Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.07.2021
Soalan daripada pengikut FB DBP - "Saya ingin menanyakan terjemahan tepat bagi istilah "fracking". Istilah ini belum ada dalam carian DBP. Terima kasih". Terjemahan inggeris bagi fracking adalah "the process of injecting liquid at high pressure into subterranean rocks, boreholes, etc. so as to force open existing fissures and extract oil or gas".Tiada maklumat dalam data pangkalan kami. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang sama, iaitu "fracturing" yang diterjemakan kepada "Peretakan". Dalam bidang kejuruteraan, "Sand fracturing" (peretakan hidraulik) bermaksud
kaedah menghasilkan retakan pada formasi dengan menyuntik bendalir yang mengandungi pasir bertekanan tinggi.
Lain-lain09.04.2018
Dalam ayat di bawah ini perkataan bagi "soft drink premix" telah dipadankan dengan "minuman ringan siap campur".Melalui semakan, terdapat istilah “premix coffee” yang dipadankan sebagai “kopi pracampur" yang perkataan "premix" berada di hadapan bukan di belakang seperti perkataan "soft drink premix". Apakah padanan yang sewajarnya bagi perkataan "soft drink premix" dalam ayat di bawah ini. Soft drink base or soft drink premix 355. (1) Soft drink base or soft drink premix shall be a preparation in liquid form or solid form that, when diluted and made up in accordance with the directions stated in the label will produce fruit juice drink, fruit drink or flavoured drink, as the case may be, complying with the standard prescribed in regulations 352, 353 and 354 respectively. Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur 355. (1) Bes minuman ringan atau minuman ringan siap campur adalah ialah sediaan dalam bentuk cecair atau pepejal yang, apabila dicairkan dan dibuat mengikut arahan yang dinyatakan pada labelnya, akan menghasilkan minuman jus buah, minuman buah atau minuman berperisa, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 352, 353 dan 354 masing -masingnya.Padanan kata dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi "soft drink premix" ialah minuman ringan siap campur atau minuman ringan pracampur. Kedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain18.07.2021
Salam 55 Tahun Kemerdekaan Malaysia, 1. Terjemahan LCD dalam bahasa Melayu, apa? 2. Adakah pihak DBP ada menerbitkan buku tentang Kesantunan Bahasa? 3. Ada Munsyi Dewan yang mengatakan bahawa perkataan MAHU dan HENDAK sama sahaja. Pandangan tuan? 4. Mengapakah frasa 'Kita semua' ... dikatakan lewah? Contohnya: BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KITA SEMUA! 5. Tema GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA NADI JATI DIRI BANGSA dikatakan tidak gramatis. Pandangan tuan? 6. Ungkapan JENDELA BAHASA gramatis atau tidak sekiranya dijadikan judul program bahasa di sekolah? 7. Beza kain rentang, banner, sepanduk dan gegantung? Terima kasih.1. Padanan bahasa Melayu untuk "liquid crystal display (LCD)" ialah paparan hablur cecair (LCD)

2. Buku yang diterbitkan oleh DBP ialah Santun Berbahasa oleh Dr. Awang Sariyan dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Asmah Haji Omar.

3. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "mahu" bermaksud i. suka akan, suka hendak, bersedia akan ii. hendak, akan. "Hendak" pula bermaksud i. berhasrat akan, ingin akan ii. akan, bermaksud akan, mahu iii. untuk. Berdasarkan maksud yang diberikan, terdapat maksud yang sama pada kedua-dua perkataan.

4. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kita bermaksud kata ganti diri orang yang bercakap serta sekalian yang hadir (mendengarnya), saya dan kamu semua. Oleh itu, perkataan 'semua' dalam 'kita semua' tidak perlu digunakan kerana perkataan kita telah merangkumi maksud semua.

5. Pada pandangan kami, tema yang lebih baik ialah GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA JATI DIRI BANGSA

6. Pada pandangan kami, penggunaan JENDELA BAHASA tidak jelas maksudnya. Kami tidak dapat memahami apakah yang ingin diketengahkan dengan ungkapan tersebut? Walau bagaimanapun, pihak puan boleh menggunakan ungkapan tersebut sekiranya pihak puan telah mempunyai konsep yang khusus mengenainya.

7. Sepanduk dan kain rentang ialah padanan bahasa Melayu untuk banner. Gegantung ialah padanan bahasa Melayu untuk bunting.
Istilah31.08.2012

Kembali ke atas