Saya ingin bertanya tentang penggunan istilah: 1. Ujian Lisan 2. Ujian Lisan Bertutur 3. Ujian Lisan Mendengar Adakah istilah 2 dan 3 wujud sedangkan Lisan bermakna bertutur dan mendengar. | Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan, frasa Ujian Lisan telah merangkumi maksud bertutur dan pemeriksa mendengar apa yang diucapkan. | Tatabahasa | 17.07.2014 |
Apakah ciri atau sifat bahasa lisan? | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan semasa berkomunikasi. Bahasa lisan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan(tidak ditulis). | Tatabahasa | 19.07.2007 |
salam, saya umar shafiz pelajar semester pertama diploma Komunikasi dan Media di UiTM Alor Gajah, Melaka. salah satu subjek yang saya ambik adalah Pengantar Bahasa Melayu . saya diberi tugasan untuk membentangkan jenis variasi dialog iaitu kiasan dan dialog lisan klasik ( dialog lisan sejarah, dialog lisan sejarah melayu, dialog lisan berbalas pantun melayu) saya menghadapi masalah untuk mencari maksud,huraian dan contoh terutamanya untuk dialog lisan klasik. saya harap ada bantuan yg diberikan kepada saya. terima kasih | Pertanyaan saudara terlalu khusus dan memerlukan perbincangan dan pembacaan yang banyak dan kajian yang mendalam terhadap teks yang berkaitan dengan komunikasi dan sastera klasik. Pertanyaan sebegini adalah di luar skop khidmat nasihat bahasa. Rujuk buku/artikel yang berkaitan seperti Keberkesanan penggunaan Bahasa Malaysia dalam komunikasi lisan, UKM, 1985; Bahasa Lisan Sebagai Bahasa Komunikasi, Pelita Bahasa Julai 2003 dan Sejarah Melayu. | Lain-lain | 14.06.2011 |
Apakah ciri atau fungsi bahasa lisan? | Bahasa lisan atau bahasa percakapan merupakan bahasa yang digunakan dalam percakapan dan lebih bersifat tidak formal. Lisan bermaksud sesuatu yang diucapkan (tidak bertulis). | Tatabahasa | 19.07.2007 |
1.Apakah nama untuk binaan kayu atau besi yang digunakan untuk meletakkan kertas ucapan semasa berucap ? 2. Pertandingan memancing (adakah pertandingan yang memancing), kemahiran membaca/menulis (adakah kemahiran yang membaca/menulis). Mohon pandangan tuan alasan betul atau salah. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, yang mana tepat. Berdasarkan Kamus Pelajar KBSM, tiada entri pentaksiran. 4. Apakah istilah nilai bagi sikap tidak mementingkan diri sendiri. 5. Adakah kata 'pergi' tidak perlu diikuti oleh 'ke' atau kedua-duanya betul. | 1. Rostrum 2.Pertandingan memancing, kemahiran membaca/menulis merupakan frasa yang betul yang merujuk aktiviti tersebut. 3. Pentaksiran lisan @ penaksiran lisan, kedua-duanya betul. 4. Bertolak ansur, berkompromi, bekerjasama 5. Penggunaannya bergantung pada konteks ayat. Contoh: Dia pergi ke pasar. Dia pergi dahulu. Saya pergi dengan bas. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
sila berikan penerangan tentang cerita rakyat | Saudara, Cerita Rakyat merupakan sastera rakyat yang berbentuk cerita atau cerita lisan. Cerita rakyat sangat popular di kalangan masyarakat Melayu dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Cerita rakyat berkembang dalam tradisi lisan biasanya disampaikan secara lisan dari mulut ke mulut oleh tukang-tukang cerita profesional dalam bentuk persembahan cerita kepada audiens dalam majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan, keramaian dan sebagainya. Cerita rakyat diceritakan oleh nenek/ datuk kepada cucu atau oleh seseorang yang tahu bercerita sebagai hiburan di masa senggang. Dalam masyarakat Melayu terdapat pelbagai jenis cerita rakyat seperti Cerita Binatang, Cerita Jenaka,Cerita asal-usul, Mitos dan Lagenda, cerita Lipur lara dll. Sesuai dengan peredaran zaman, Cerita rakyat telah dirakam dan dikumpulkan dalam bentuk tulisan seperti mana yang sampai kepada kita sekarang. Antara fungsi cerita rakyat ialah: 1. sebagai alat hiburan, 2. Sebagai alat untuk menyampaikan pengajaran dan mendidik masyarakat, 3. wadah ekspresi seni masyarakat menggunakan kata-kata yang indah, 4. menjadi dasar penciptaan karya sastera moden. Untuk memahami lebih lanjut sila merujuk Buku Kesusasteraan Melayu Tradisional, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , 1993. sekian, terima kasih. | Sastera | 11.02.2011 |
terangkan tentang kemahiran lisan,kemahiran membaca dan kemahiran menulis. | Kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul. Kemahiran membaca ialah kemahiran menyebut kata dengan bunyi dan nada yang betul. Kemahiran menulis ialah kemahiran mengeja, membuat ayat, memilih kata dan seterusnya membuat ayat yang betul. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 30.10.2006 |
Assalamualaikum, adakah menjadi kesalahan sekiranya kita menggunakan bahasa lisan dan bahasa pasar/basahan untuk penulisan tidak formal seperti novel/cerpen dan artikel bukan ilmiah? adakah istilah lisan/pasar ini perlu dibezakan daripada istilah penulisan yang skema? jika perlu dibezakan, bagaimanakah cara yang betul untuk membezakannya? contohnya, kebiasaan penulis membezakan bahasa bukan melayu dengan menjadikannya Italic. adakah bahasa pasar ini perlu di-Italic juga atau ada cara lain? Terima kasih. | Dalam penulisan kreatif bahasa lisan ialah dialog yang digunakan dalam penceritaan tersebut. Dialog lazimnya dibubuh tanda petik (" "). | Tatabahasa | 04.03.2015 |
Salam sejahtera. Bolehkah DBP menjelaskan, secara ringkas, cara penghasilan kamus-kamus dan buku PERIBAHASA? Apakah sumber yang digunakan? Lisan atau bertulis? Jika ada sumber lisan, bagaimanakah data tersebut dipungut? Adakah peribahasa yang terbuku sahaja layak digunakan? | Waalaikumussalam... Sila hubungi Jabatan Penerbitan DBP untuk maklumat lanjut. Pihak kami hanya menjawab persoalan tentang penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 27.12.2018 |
bolehkah perkataan KEMENJADIAN digunakan dalam bentuk penulisan ataupun secara lisan sedangkan entri ini belum dimuatkan lagi dalam mana-mana kamus dewan yang terkini. perkataan ini semakin meluas digunapakai sejak kebelakangan ini sama ada digunakan secara lisan atau penulisan. | Perkataan "kemenjadian" boleh dibentuk yang bermaksud perihal menjadi tetapi perkataan ini jarang - jarang atau tidak digunakan dalam mana-mana wacana. Kata terbitan daripada 'jadi' ialah : sejadi-jadinya, menjadi, menjadi-jadi, menjadikan, terjadi, jadian, jadi-jadian, kejadian, | Ejaan | 20.05.2010 |