| i just want to know about the role of DBP. more detail. what are actually DBP's role in malaysia. tq. | Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP. | Sebagai makluman, peranan DBP adalah seperti yang tarcatat pada matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) seperti berikut:· untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi;· untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;· untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;· untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; · untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan · untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Berdasarkan matlamat dalam akta secara umumnya DBP berperanan sebagai badan pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera dan badan penerbitan. Untuk maklumat lanjut saudara bolehlah merujuk bahan ini : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 |
| Lain-lain | 09.09.2008 |
| Buku teks BM Tahun 2 KSSR Semakan terbitan DBP, m/s 125. Hutan Lipur Ulu Bendul sangat indah. Air sungainya jernih dan sejuk. DBP sering menekankan bahawa penggunaannya merujuk kepada kata ganti nama diri ketiga, iaitu manusia. Akan tetapi, kebanyakan ayat yang digunakan oleh buku teks DBP ini menggunakan nya untuk merujuk benda bukan hidup. Harap ada penjelasan supaya tidak keliru. Terima kasih. | Salam sejahtera, MAKLUM BALAS ISU PERKATAAN –NYA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 2 SK Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa, selain berfungsi sebagai Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga, -nya juga tergolong dalam Kata Pascakata di bawah Kata Tugas. Bentuk –nya tersebut berfungsi sebagai penekan dan pembenda. (Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga: 295) Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat; - Pokok durian itu nampaknya akan berbuah lebat.
- Sesungguhnya kenyataan yang diberikan oleh saksi kedua itu benar.
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Contoh dalam ayat; - Lajunya ialah 100km sejam.
- Bukan kepalang sakitnya.
Sekian. | Lain-lain | 27.09.2021 |
| Adakah cara penulisan bibliografi sebegini betul? Chua, T. E. (1991). Managing coastal resources for sustainable development: the ASEAN initiative. Dalam T.E. Chua & L. F. Scura (Eds.). Managing ASEAN’s coastal resources for sustainable development: Roles of policymakers, scientists, donors, media and communities (pp. 21-35). Phillipines: ICLARM. Dalam Muzzneena, A. M. et. al., Kepentingan Rangka Perundangan dan Peraturan Dalam Pemeliharaan dan Pengurusan Paya Bakau di Malaysia. Dalam R. Omar (Ed.). (2002). Proceeding of The Regional Symposium on Environment and Natural Resources (Vol. 1: 612-619). 10-11th April 2002. Malaysia: Hotel Renaissance Kuala Lumpur. | Contoh bibliografi yang diberikan terlalu panjang dan agak sukar untuk dipecah-pecahkan. Sehubungan dengan itu, diberikan beberapa contoh yang mungkin boleh dijadikan panduan. 1. Buku: Farid M. Onn, 1980. Bunga-bunga Suci. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Karya Editor: Anwar Ridhwan (ed.), 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Majalah Kemala. “Gagasan Hadiah Sastera ASEAN” dlm. Dewan Sastera 21:3, hlm. 142-43, Mac 1977. 4. Kertas Kerja Othman Puteh, 1991. “Cerpen-cerpen Karya Pengarang Pahang”. Kertas Kerja dalam Simposium Darul Makmur Dua. Bandar Pusat Jengka, Pahang, 1-2 Februari 1991. Untuk lebih jelas, boleh rujuk Buku Gaya Dewan, halaman 170. | Lain-lain | 08.07.2015 |
| Dear Sir/Madam: My name is Hadi Ebrahimi and I am an Iranian translator. I have translated 45 books on psychology and self help from English to Persian so far. They’ve all been published in Tehran-Iran by Nasle Nowandish Publishing Company: www.naslenowandish.com]. I’ve always been thinking of doing something worthwhile and meaningful with my Malay so as to repay my debt to this beautiful country and its kind, warm-hearted people who’ve welcome me and my family among themselves for over 10 years now! I happen to know of some English classic masterpieces of children’s books and also contemporary English self help best sellers on psychology, self help, relationships, family, etc which have won prestigious international awards and are all best sellers in Iran which is also an Islamic country with lots of cultural and spiritual similarities! I would appreciate it if you’ll kindly link me to the right people or guide me through the correct procedure. Is DBP interested in publishing Edisi Bahasa Melayu of contemporary English children’s books or self help best sellers? I would appreciate it if you let me know. I would also love to translate any other children’s or psychology/self help/relationships/family etc books that you guys at DBP might recommend [from English to Malay!] I would be more than happy to list my favorites as well. I thank you already and am waiting impatiently to hearing from you. Yours faithfully Hadi Ebrahimi | DBP publishes original works in bahasa Melayu. For children's titles, please contact the Head of the Children's Book Division, Mrs. Rosnah binti Awang. For translation works, please contact our colleagues at the Malaysian Intstitut of Translation and Book (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - ITBM). | Lain-lain | 21.11.2012 |
| 1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai? | 1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient. 1. (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”. 3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut: “tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Istilah | 18.11.2018 |