Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[li.sut] | ليسوت

Definisi : 1. kecut dan kendur (kulit dll): kulitnya mulai ~; bengkaknya ~; 2. tidak segar lagi (bunga dll), layu; 3. ki sudah tua benar, layu: lelaki yg tua ~ itu tiba-tiba menjengah muka dr arah dapur; melisut menjadi lisut (kulit dll); melisutkan menjadikan lisut (kulit dll); kelisutan perihal lisut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[li.sut] | ليسوت

Definisi : 1 kecut atau kedut (bkn kulit buah dll). 2 tua benar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lisut (kata nama)
1. Bersinonim dengan kecut: berkedut, berkerut, keresot, kisut, merunyut, kerepot, kelambur, menggelembur, susut, berkerunyut,
Berantonim dengan tegang

2. Bersinonim dengan layu: tidak berseri, kering dan kecut, melipu, lecuh, alum,
Berantonim dengan mekar

Kata Terbitan : melisutkan, kelisutan,

Puisi
 

Anak kuda tepi gedung,
     Mari makan rumput rampai;
Buah saya buah kedondong,
     Sampai lisut tak makan tupai.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih.1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul)
 
2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul)

3. Bola lisut tidak popular di negara kita.
Permainan bola lisut kurang popular di negara kita.


4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul)
Tatabahasa17.01.2013
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih.1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang.

2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan se­suatu supaya tidak dapat bergerak, meng­alir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; me­negah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami.

Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal.
Tatabahasa08.10.2013

Kembali ke atas