Salam, Mohon pencerahan berhubung penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu. Televisyen Litar Tertutup atau Kamera Litar Tertutup? Terima kasih. | Penterjemahan yang tepat bagi istilah Closed Circuit Television (CCTV) dalam Bahasa Melayu ialah Televisyen Litar Tertutup. Namun begitu, untuk konsep boleh diperluaskan kepada penggunaaan Kamera Litar Tertutup. | Istilah | 10.10.2019 |
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih | Encik Nazri, Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup. | Istilah | 16.01.2010 |
Assalamualaikum, Adakah terjemahan berikut tepat? TS: Solenoid valves are used to control the flow in pneumatic and hydraulic circuits. TSS: Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. flow=aliran atau pengaliran? dalam litar atau di dalam litar? Terima kasih | Terjemahan yang betul ialah Injap solenoid digunakan untuk mengawal aliran dalam litar pneumatik dan hidraulik. | Penyemakan dan penterjemahan | 31.12.2015 |
Apakah itu, 1. Aruhan 2.Induktif | 1. aruhan ialah - sifat sesuatu litar elektrik yang beroleh daya gerak elektrik akibat perubahan arus dlm litar yang sama atau dalam litar lain yang berdekatan. 2. induktif ialah berkaitan dengan atau menggunakan induksi. | Tatabahasa | 04.10.2007 |
Di pagar masuk ke syarikat saya ada diletakkan kenyataan sebegini "Spansion (Kuala Lumpur) Sdn Bhd, Mengilang Litar Bersepadu". Soalan saya adalah, adakah betul penggunaan ayat Mengilang Litar Bersepadu itu? | Kenyataan tersebut sepatutnya ditulis begini: Kilang Litar Bersepadu Spansion (Kuala Lumpur) Sdn. Bhd. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Salam sejahtera, Adakah "needle test probes" sesuai diterjemahkan kepada "kuar uji jarum"? Frasa digunakan dalam bidang kejuruteraan. Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih. | Dalam data kami kami, kuar uji ialah jarum logam daripada bahan pengalir yang hujungnya bermata tajam atau bercangkuk yang digunakan untuk memeriksa litar dengan menyentuhkan mata kuar tersebut pada litar. Hujung kuar pula disambungkan pada peralatan pengukuran. Jika needle test probes ialah alat kami merasakan terjemahan yang lebih sesuai ialah jarum kuar uji. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2018 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ingin meminta cadangan terjemahan bagi istilah-istilah berikut: 1. Pick and Place Robot 2. Press Line Robot Sekian, terima kasih. | Cadangan kami, 1. Pick and Place Robot - Pilih dan Tempatkan Robot 2. Press Line Robot - Tekan Litar Robot | Penyemakan dan penterjemahan | 02.01.2016 |
Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif- | 1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh. 2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart. | Istilah | 05.07.2012 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
Assalamualaikum tuan/puan. Saya ingin bertanya adakan perkataan berimbuhan "menggandaduakan" atau "digandaduakan" wujud dalam bahasa Melayu? Kata asalnya ialah "ganda dua" Contoh ayat: Jika nombor pertama digandaduakan, hasil tambah tiga nombor menjadi 22. Mohon betulkan kesalahan dalam ayat tersebut. Terima kasih. | Kata berimbuhan digandaduakan terakam dalam Kamus Pelajar dalam huraian, iaitu punca kuasa ialah istilah pembahagi sesuatu kuantiti yang apabila digandaduakan akan memberikan nilai kuantiti tersebut. Kata menggandaduakan juga terakam dalam data kami dalam huraian istilah Malaysia untuk pengganda voltan (voltage doubler), iaitu litar yang boleh menggandaduakan voltan. | Istilah | 14.12.2018 |