Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : adj (colloq) tinggal bersama: they have a ~ cook, mereka ada tukang masak yg tinggal bersama; ~ boyfriend, teman lelaki yg tinggal bersama. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata live-in

Peribahasa

33

Death before dishonour

Lebih baik mati berjuang daripada menanggung malu kerana menyerah kalah

Biar putih tulang, jangan putih mata

We would rather perish in the name of our cause than to live in shame. Better death than dishonour. Thus, we shall never capitulate so long as we have not regained the land!

Kami lebih rela gugur demi perjuangan ini daripada hidup dalam keaiban. Biar putih tulang, jangan putih mata. Maka, kami tidak akan sekali-kali menyerah kalah selagi tanah air kami tidak dibebaskan!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa kah terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perkataan go-live (Bahasa Inggeris) Dalam Bahasa Inggeris:, Go-live is the time at which something becomes available for use. In software development, for example, go-live is the point at which code moves from the test environment to the production environment. As a verb, go-live means to make such an event happen.Belum ada terjemahan dan contoh penggunaan go-live dalam pangkalan data kami. Mohon tuan berikan cadangan terjemahan untuk membantu kami mencari padanan yang sesuai.Penyemakan dan penterjemahan17.12.2017
Assalamualaikum, mohon pandangan tentang padanan istilah 'live station' dalam bidang katering. 'live station' ialah stesen dengan tukang masak yang turut disediakan dalam hidangan secara bufet. Jika di hotel-hotel di Malaysia, kebiasaannya stesen ini adalah untuk memasak telur dadar. Adakah istilah ini sesuai diterjemahkan sebagai 'stesen memasak' atau 'stesen tukang masak' atau terdapat istilah lain yang lebih sesuai? Terima kasih.Cadangan kami ialah Kaunter Makanan Panas.Lain-lain26.04.2018
'Live room' ialah istilah yang digunakan pagi para pemuzik merakamkan lagi mereka dalam sesebuah bilik dalam studio rakaman. Adakah terdapat padanan istilah yang khusus dalam bahasa Melayu?Tidak ada maklumat tentang live room dalam pangkalan data kami. Bagaimanapun berdasarkan konsep yang diberi, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemahkan kepada "Bilik Rakaman Langsung" atau "Bilik Rakaman".Penyemakan dan penterjemahan18.05.2016
Boleh saya tahu maksud 'Live Chat' yang diguna pakai ketika bertanya soalan di website dalam bahasa Malaysia? Terima kasih.Salam sejahtera,

Setakat ini tiada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan "Live Chat". Tetapi, kami mencadangkan padanan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Sembang Langsung.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain21.12.2018
Tuan, yang manakah betul, "pandangan hidup" atau "pandangan kehidupan", "gaya hidup" atau "gaya kehuidupan"? "Live" perbuatan bahasa Inggeris yang sepadan dengan "hidup"; "life" pula nama "live" bahasa Inggeris dan setimbal dengan "kehidupan". "Kehidupan" bentuk nama bagi perbuatan "hidup". Jadi, saya berpendapat bahawa yang betul "pandangan kehidupan" dan "gaya kehidupan" kerana "gaya kehidupan" selari dengan "lifestyle". Jika kita menulis "gaya hidup, maka padanan dalam bahasa Inggeris "livestyle", ini tidak betul! Lebih-lebih lagi, kita hendak menerangkan gaya tentang hal hidup kita, seperti gaya tidur kita, iaitu pukul berapa tidur, adakah berjoging antara hal hidup (kehidupan) kita, pemakanan antara hal hidup kita, jadi "gaya kehidupan" ini termasuklah gaya kita makan, sama ada makan makanan sihat atau sebaliknya. Samalah halnya dengan "pandangan kehidupan" - pandangan tentang hal-hal yang berlaku semasa kita hidup, hal hidup. "Gaya hidup" membawa maksud yang salah, kerana "hidup" ada kaitan dengan keadaan ada nafas, maka "gaya hidup"lah gaya bernafas kita, gaya kita "ada nyawa" (hidup = ada nyawa), maka tidak sampailah maksud! Kehidupan = life, lifestyle = gaya kehidupan.Untuk makluman, gaya hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk istilah "life style' dan pandangan hidup ialah padanan bahasa Melayu untuk "worldview" atau "world outlook". Istilah ini telah digunakan dalam pelbagai bidang ilmu dan tidak perlu ditukar kerana telah diterima dan telah mantap. Sekiranya puan tidak bersetuju dengan istilah tersebut, sila kemukakan pandangan puan kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP.Istilah16.12.2016
contoh ayat: 1) TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1 2) TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my Soalan: Adakah ayat ini boleh digunakan? Tonton 'live streaming TV1 di www.rtm.gov.my Soalan : bolehkah perkataan 'live streaming' digunakan? Saya vuba cari perkataan lain yg boleh menggantikan 'live streaming'. Tapi buntu. Harap dapat bantu. Terima kasih1. TV1 boleh ditonton secara dalam talian di www.rtm.gov.my/tv1. (betul)
 
2. TV1 boleh ditonton menerusi mobile di www.rtm.gov.my.
TV1 boleh ditonton menerusi peranti mudah alih di www.rtm.gov.my.


3. Padanan untuk live streaming ialah penstriman  langsung.
Tatabahasa17.01.2013
Apakah translasi terbaik bagi ayat berikut: Ayat original dlm bahasa Inggeris: " LIVE YOUR TRUE AGE ACTIVELY" Pilihan translasi(BM): 1. Jalani hidup anda dengan aktif 2. serlahkan potensi umur anda 3. Hidup dengan lebih aktif sebaya umur anda. 4. Hidup lebih aktif seperti umur anda.Terjemahan yang betul untuk "LIVE YOUR TRUE AGE ACTIVELY" ialah Jalani hidup anda dengan aktif.Penyemakan dan penterjemahan21.06.2016
live-mnujian secara langsungLain-lain11.03.2008
Cubaan soalan shaufi liveSoalan KNDBP DIJAWABLain-lain28.04.2020
Aslmkm....blh tk di tonton secara online forum ni, bg yang tk berpeluang menghadirinya secara live.Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tiada rakaman atau siaran langsung dibuat. Boleh terus datang ke DBP. Terima kasihLain-lain12.03.2014
12

Kembali ke atas